Borang Online Pendaftaran Premis Makanan

Berdasarkan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang dinyatakan di dalam Peraturan 3 (1), Semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau penbungkusan semula apa-apa makanan.

Apakah kategori premis yang perlu berdaftar mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009?

  • semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan secara besar-besaran
  • semua premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual
  • semua kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.

Untuk penjelasan lanjut berkenaan ini, sila baca artikel berkenaan pendaftaran premis makanan

Tidak mendaftarkan Premis Makanan Merupakan Suatu Kesalahan

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftar/memperbaharui pendaftaran premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009

Kategori Pendaftaran Premis Makanan Online

Untuk meneruskan dengan pendaftaran online, sila pastikan anda memilih kategori yang betul seperti yang dinyatakan di bawah

1) Premis Di Mana Makanan Disedia, Diproses, Disimpan Dan Dihidangkan Untuk Jualan

2) Premis Makanan Yang Terlibat Dalam Katering Atau Katering Makanan Besar-Besaran (dalam Pembinaan)

3) Semua Kenderaan Yang Makanan Sedia Di Makan Dan Dijual (dalam Pembinaan)

4) Premis Makanan Yang Terlibat Dalam Pengilangan Makanan (dalam Pembinaan)