Author Archives: Rex

About Rex

My name is Rex Fahri and i live in PJ, selangor with my lovely wife and children. I graduated from UiTM Shah Alam. i Love reading and cant live without internet. I love what i do. what about u?

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H-2018

Hari Raya 2018

 

ALHAMDULILLAH, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi.

Bersempena bulan Syawal yang mulia ini, ingin kami merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengunjung dan pengguna laman web #1 Pengendali Makanan ini.

Aidilfitri adalah hari dimana kemenangan disambut dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.

Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah-menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita.

Runtuhkanlah ‘tembok prasangka’ dan bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum.

Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain.

Anggaplah kehadiran Aidilfitri ini umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.

Malah sifat kekeluargaan yang dibentuk dengan erat sesama kita amat penting dalam membentuk kerukunan perhubungan serta kerjasama yang amat diperlukan demi mencapai misi jabatan.

Kepada semua umat Islam yang akan pulang ke kampung halaman berhari raya, rancanglah perjalanan dengan baik dan pastikan periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijriah, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas,

Keluarga Kursuspengendalianmakanan.com

5 Cara Kenalpasti Peniaga Bazaar Ramadhan Yang Bersih

4 cara kenalpasti peniaga yang bersih

Gambar Ihsan Berita Harian

Ibadah puasa sudah pun seminggu berlalu, syukur tiada lagi kes keracunan makanan yang dilaporkan dari pembelian makanan Bazaar Ram dhan.

Namun begitu, kes-kes seperti Murtabak Basi, ayam berlendir, Nasi ada anak lipas, Air paip digunakan untuk bancuh air sudah terlalu banyak yang menjadi tular di laman media sosial oleh pengguna-pengguna seluruh Malaysia yang teraniaya.

Di sini ingin kami kongsikan 5 cara kenalpasti peniaga bazaar ramadhan yang bersih agar anda boleh membuat ‘Screening’ awal sebelum membeli.

Ingat 5 langkah ini ya:

Kenderaan

Ini bagi yang datang awal ke Bazaar atau kebetulan peniaga datang lewat kita boleh lihat. Perhatikan kenderaan yang mereka gunakan untuk menghantar makanan yang ingin dijual.

Kalau kereta dan Van sudah lazimnya pasti ada anak-anak lipas yang kecil, apalagi kenderaan yang sudah berumur kerana jarang sekali orang akan guna kereta baru hantar makanan takut kereta bau kari :).

Jadi kalau pembungkusan makanan kurang rapi, penyudahnya viral lah lagi murtabak lipas.

Gunakan Deria-deria bau

Orang yang berpuasa deria baunya cukup tajam.

Apabila sampai sahaja di gerai, cuba hidu dahulu. Kalau ada makanan yang sudah basi pasti hidung anda akan tangkap bau itu.

Maka sekiranya anda ada terbau, undur lah pelan-pelan dan teruskan ke gerai lain.

Kalau anda berani, tegurlah tokey kedai bila tiada orang lain berdekatan. Mungkin tokey tersebut tak perasan, bukan disengajakan,

Makanan bertutup

Pastikan makanan yang dijual tertutup.

Ini bagi mengelakkan lalat / debu yang berterbangan mencemarkan makanan.

Pengendali Makanan

Lihat cara pakaian yang menjual.

Sekiranya kelihatan bersih dengan lengkap Apron, Tutup kepala dan sarung tangan, makan kita beranggapan peniaga ini menjaga kebersihan.

Alatan yang sesuai

Perhatikan juga semasa membeli, adakah mereka menggunakan alatan yang sesuai untuk mengambil makanan.

kalau tiada sarung tangan, paling tidak pakai la penyepit kalau nak ambil karipap. Kalau pakai tangan yang tidak beralas, tak tahu pulak kita dia baru lepas korek hidung ke tak kan.

Nah, itu dia 5 tips mencari peniaga yang bersih.

Sebelum itu, tonton dulu video Ihsan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Okay Jom ke Bazaar Ramadhan.

Admin dekat Bazaar Ramadhan Johor Bahru ni. 🙂

Suntikan Typhoid Ketika Puasa, Batal ke?

suntikan typhoid semasa puasa

Sedar tidak sedar sudah hampir seminggu umat Islam berpua­sa dan pastinya ramai menadah rasa syukur yang tidak terkira kerana dipertemukan kembali de­ngan bulan penuh berkat ini.

Mungkin ada se­­bahagian daripada kaum keluarga, kenalan atau rakan-rakan kita yang telah pergi terlebih dahulu sejurus sebelum Ramadan tiba. Selain itu menjalani ibadah ber­puasa dalam suasana aman, damai, harmoni dan sejahtera adalah suatu rezeki yang mungkin tidak dinikmati oleh semua umat Islam lain di dunia ini.

Ada sebahagian saudara seagama yang menyambut kedatangan bulan mulia ini dalam ketakutan, kebimbangan dan serba kekurang­an akibat perang saudara atau konflik.

Bulan penuh rahmat ini juga memberi peluang kepada para pengusaha restoran, kedai makan dan hotel-hotel untuk mengambil bahagian dalam mempromosikan pakej berbuka puasa masing-masing.

Walaupun dikatakan ke­adaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan, berdasarkan kepada pengalaman tahun lepas, bufet Ramadan tetap mendapat sambutan.

Untuk tahun ini, tidak dapatlah dipastikan adakah sambutan masih sama atau se­dikit perlahan.

Lesen Bazaar Ramadhan

Setiap tahun, PBT di seluruh Malaysia telah mengluarkan ribuan permit bazaar ramadhan kepada peniaga dan pengeluaran permit meningkat setiap tahun.

Mungkin dek keuntungan yang berlipat kali ganda berniaga di bulan ramadhan tambahan pula ingin mencari duit tambahan untuk membeli belah persiapan hari raya mendorong makin ramai masyarakat turut berniaga.

Suntikan Typhoid Ketika Berpuasa

Mungkin disebabkan terdapat banyak muka-muka baru yang memohon lesen bazaar ini, maka mereka kurang faham berkenaan prosedur permohonan permit bazaar dan keperluan yang terlibat seperti yang telah kami beritahu sebelum ini.

Oleh sebab itu, pegawai pemeriksaan dari PBT akan melakukan rondaan di semua bazaar untuk memantau pekerja yang tidak menghadiri kursus dan mendapatkan suntikan typhoid. Ini adalah penting bagi mengelakkan keracunan makanan dan penyakit typhoid.

seperti tahun-tahun yang lalu, memang ramai yang tidak mendapatkan suntikan typhoid semasa berniaga dan disebabkan itu mereka diarahkan mendapatkan suntikan typhoid segera.

Tapi, tak batal ke puasa?

Isu ini sebenarnya telah lama di selesaikan oleh ulama-ulama. Peniaga seharusnya tidak lagi memberi alasan nanti terbatal puasa.

Suntikan typhoid semasa puasa tidak membatalkan puasa.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut dalam video berdurasi 2 minit oleh Syed Hussin Al-Joofre

SASARAN 1,000 LESEN ‘FOOD TRUCK’ DIKELUARKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN

food truck kuala lumpur

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan kendera saji (trak makanan, food truck) dikeluarkan akhir tahun ini bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji.

“Sekarang ini, kita sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana kita boleh atasi masalah yang dihadapi peniaga masa ini.

“Misalnya mendapat pinjaman dan sebagainya. Kita juga berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Food Truck (Kendera Saji) Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9).

Tengku Adnan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti lokasi untuk dijadikan pusat perniagaan kendera saji yang dilengkapi elektrik, air dan tempat pembuangan sampah.

“Sekarang ini mereka (peniaga) ada tempat-tempat statik, di kawasan parkir tertentu yang disediakan untuk mereka datang pada waktu makan tengah hari atau malam,” katanya.

Pada karnival itu, setiap usahawan menyediakan satu menu rakyat yang dijual dengan tawaran harga RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup warga kota.

– BERNAMA

Kredit: Astroawani

Selepas Komugi Mid Valley, Kini Tikus Serang 1Utama Pula

PETALING JAYA , 31 MAC – Pihak jabatan kesihatan negeri Selangor hari ini telah mengeluarkan notis arahan penutupan sementara bahagian ‘Grocery’ atau runcit di sebuah pasaraya terkenal iaitu Pasaraya AEON yang berada di dalam Pusat Beli-Belah 1Utama.

Notis penutupan 14 hari itu berkuatkuasa hari ini berikutan video yang tular menunjukkan seekor tikus yang berada di bahagian rak kotak susu ditemui di pasaraya tersebut.

isu tikus notis tutup aeon 1utama14 hari

Penutupan ini adalah selaras dengan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 yang apabila didapati tidak mematuhi undang-undang kebersihan makanan, dibolehkan premis ditutup selama 14 hari atau sehingga kesalahan dibetulkan.

Video berdurasi 42 Saat yang telah tular boleh dilihat disini video tikus aeon 1Utama.

Oktober lalu, isu tikus juga menghantui syarikat Komugi Malaysia cawangan Mid Valley. Kini semua cawangan mereka telah menambahbaik mutu keselamatan makanan mereka dengan membungkus setiap roti yang terdapat di rak mereka.

Pelanggan Diminta Berhati-Hati

Oleh kerana bertambahnya isu tikus di nagara ini, adalah disarankan pengguna lebih berhati-hati semasa membeli.

Pastikan barangan yang dibeli di pasaraya di basuh dahulu di rumah sebelum guna lebih-lebih lagi bila beli di kedai runcit. Ini adalah kerana di setor penyimpanan kebiasaanya terdapat banyak tikus apabila Kawalan Makhluk Perosak tidak dijalankan dengan berkesan.

Sumber: Youtube, Freemalaysiatoday, MSN News

Gadis Terkedu Melihat Tikus Besar Di Atas Roti Jenama Komugi Malaysia

tikus terbaring di roti komugi

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Seorang wanita berbangsa cina terkedu seketika apabila menemui seekor tikus besar berada di atas susunan roti di atas tray yang baharu sahaja siap di bakar.

Wanita tersebut yang dikenali dengan ID Facebook Melon Roux berkunjung ke pasaraya terkenal Mid Valley Mega Mall bersama rakannya sememangnya peminat kepada roti keluaran jenama Komugi ini.

Komugi merupakan jenama pengeluar roti dan Pastri dari jepun yang telah mempunya lebih daripada 10 cawangan di seluruh Malaysia.

Semasa memasuki premis Komugi tersebut, rakannya menyebut “hollyshit” yang menyebabkan dia terkejut lalu terus bertanya kepada rakannya. Namun apa yang didapati menyebabkan dia terkedu dan dengan serta merta dia memulangkan semula beberapa roti yang telah diambilnya lalu melaporkan perkara tersebut kepada kakitangan Komugi tersebut.

Berikut merupakan luahan kesal Melon Rux di Facebook beliau:

status viral isu tikus di komugi malaysia

Pihak Komugi Malaysia Memohon Maaf

Apabila dihubungi, pihak Komugi Malaysia memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan meningkatkan mutu kebersihan produk mereka.

Cawangan Komugi di Mid Valley ditutup sementara agar siasatan dapat dijalankan.

“Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.

Komugi juga berkata pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli belah terlibat.

Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.

Sumber: Malaysiakini, Astroawani

Saya Hanya Kerja 7 Hari Sahaja, Kenapa Perlu Suntik Typhoid?

Kredit: sinar harian

Kredit: sinar harian

 

Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya dan kini kita telah pun memasuki tahun 2017.

Wawasan 2020 yang dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin hampir iaitu hanya berbaki 3 tahun lagi.

Antara tujuan wawasan 2020 ini ialah meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. (sumber wikipedia)

Nagara Maju ini pula ditakrifkan ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman.

Apabila menyentuh isu sihat, maka ia berkait rapat dengan makanan dan ini termasuklah penyakit bawaan makanan yang seharusnya boleh dikawal sepenuhnya; salah satunya adalah demam kepialu.

Demam kepialu adalah disebabkan oleh jangkitan kuman Salmonella Typhii. Penyebaran jangkitan kuman ini boleh dikawal sepenuhnya dengan wujudnya vaksin Suntikan Typhoid.

Adakah pekerja separuh masa atau part time wajib mendapatkan suntikan typhoid?

Saya hanya bekerja 7 hari sahaja sementara cuti belajar ni dan mungkin saya tidak akan kerja kedai makan lagi selepas ini. Kenapa saya perlu ambil suntikan typhoid untuk 3 tahun?

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh salah seorang pekerja restoran apabila Pegawai Kesihatan datang membuat lawatan di restoran.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 200931. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

Majikan perlu memastikan bahawa pekerjanya mendapatkan Suntikan Typhoid Pengendali makanan sebelum mula bekerja.

Begitu juga dengan Kursus Pengendalian Makanan, majikan juga wajib menghantar pekerjanya untuk menghadiri kursus ini sekali seumur hidup.

Ke-Arah Wawasan 2020 yang Sihat

Sekiranya semua pengendali makanan dan majikan memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi undang-undang dan garis panduan yang telah disediakan oleh pihak BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia, maka impian murni kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020, Negara Maju yang sihat akan menjadi lebih mudah.

Cara Mohon Lesen Tapak Bazar Ramadhan 2016

 

peniaga berebut semasa mohon tapak bazar ramadhan

Peniaga berebut semasa mohon tapak bazar ramadhan

Bulan Ramadhan menjelang tiba lagi pada tahun ini 2016 dan semestinya para peniaga pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan tapak niaga yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Manakan tidak, bulan ramadhan merupakan bulan yang paling banyak sekali rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam berbelanja baik untuk makanan mahupun pakaian.

Anehnya bulan Ramadhan seharusnya menjadi bulan menahan nafsu tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Atas faktor ini lah para peniaga mengaut untung yang berganda dari bulan-bulan yang lain. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengambil kesempatan memohon tapak Bazar Ramadhan di kawasan ‘panas’ hanya untuk menjualnya kembali dengan harga yang tidak masuk akal. Pernah di khabarkan suatu ketika dahulu tapak bazar di Jalan TAR dijual semula dengan harga RM30,000! mau tak bertinju macam dalam gambar diatas.

Nampak kan bagaimana bernilai sekiranya anda dapat tapak Bazar Ramadhan tahun ini 🙂

Di sini kami bagi cara memohon lesen permit tapak bazaar Ramadhan kepada yang ingin memohon. Tapi diharapkan kalau dapat, berniagalah sendiri jangan dijualkan pula.

1) Salinan SSM Sah (Belum Tamat Tempoh)
2) 2 Keping Gambar Berukuran Paspot
3) Salinan Pengesahan Suntikan Typhoid ( Belum Tamat tempoh )
4) Sijil Kursus Pengendalian Makanan
5) Hadiri Taklimat di Majlis Perbandaran
6) Bayaran Sebanyak RM200 ( Berbeza mengikut Majlis )

Pastikan anda mendaftar juga mereka yang akan bekerja (staf-Staf) di gerai sebagai pembantu dan mereka perlu melakukan perkara 3,4,5 di atas.

Ini adalah panduan AM sahaja dan mungkin berbeza mengikut Majlis.

P/S: Tarikh permohonan lain-lain mengikut PBT, pastikan anda tanya-tanya sikit dengan kawan-kawan peniaga. Mereka pasti tahu

“.. Kentang BASI Tolak Tepi je Dah Ok..”

Kentang Basi Tolak Tepi

Medan Selera Tesco di Setia Alam yang menyajikan lauk basi kepada pelanggan

Lauk Kentang Basi Dijual

“kentang tu yg BASI bang.. Abg buang kentang tu dh okay la.. Abg amik la bende lain sebagai ganti”

Itulah jawapan yang diterima daripada pekerja medan selera di sebuah Pasaraya terkenal di Setia Alam oleh seorang pengunjung yang ingin menikmati makanan masakan melayu di Food Court Pasaraya tersebut.

Berdasarkan informasi yang diperolehi, pelanggan tersebut merupakan pengunjung tegar kepada pasaraya itu namun itulah pertama kali mereka makan di medan selera tersebut kerana teringin makan nasi. Namun pengalaman pertama tersebut ternyata adalah pengalaman yang menyakitkan hati dan sudah tentu tidak akan memesan lagi makanan di gerai tersebut.

Lauk-pauk yang dihidangkan di medan selera tidak sepatutnya basi melainkan ia:

1) Merupakan lauk yang sudah masak lebih dari 4 jam.

2) Dikendalikan dengan tidak bersih seperti terdedah (tidak bertutup) atau mengambil lauk dengan tangan.

3) Tidak mengekalkan keadaan panas semasa dihidang untuk pelanggan seperti restoran mamak yang menggunakan Water Bath dan di tetapkan suhu kepada 63 Darjah selsius.

Etika Pegendali Makanan Yang Tidak Bertanggungjawab

Sikap pengendali tersebut yang menyuruh untuk hanya mengalihkan kentang tersebut adalah tindakan yang tidak wajar sama sakali kerana makanan tersebut telah dicemari dengan lauk yang telah basi itu.

Pelanggan bayar untuk menikmati hidangan yang berkualiti bukan mereka datang makan dengan percuma.

Pengusaha yang mengamalkan sikap begini hanya mementingkan keuntungan semata dan bukan untuk memberi nilai yang bagus kepada masyarakat.

Perkara masakan basi ini boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada pelanggan yang mungkin tidak serius kepada mangsa tersebut tetapi jika mangsa masakan basi tersebut terkena pada anak-anak yang masih kecil atau warga emas yang daya tahan tubuh yang lemah, ia boleh mengakibatkan masalah yang serius kepada kesihatan mereka.

Pemantauan Berjadual Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan medan selera tersebut wajib mengambil tindakan yang serius terhadap isu-isu sebegini agar ia tidak berulang lagi.

Pemeriksaan berkala perlu dijalankan untuk memastikan kualiti makanan yang dihidangkan di medan selera mereka adalah bersih dan selamat untuk dimakan. Jika perlu, menyamar sebagai pelanggan lebih baik.

Pengendali makanan juga perlu diperiksa samada mereka telah menghadiri kursus pengendalian makanan dan yang paling penting telah mendapat suntikan typhoid.

Pegendali makanan yang menghidangkan lauk basi tersebut seandainya telah hadir kursus, pastikan mereka hadir lagi kursus Refreshment kerana boleh jadi mereka telah lupa cara pengendalian makanan yang betul atau boleh jadi mereka hanya beli sijil dan tidak pernah menghadiri kursus.

Bagaimana dengan anda? pernah mengalami situasi yang sama? kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah. : )

Mee Kari Kaki Katak Halal Jadi Tumpuan Masyarakat Melayu Islam Malaysia

Mee Kari Kaki Katak Sijil Halal Palsu

Semenjak Akta Perihal Dagangan 2011 yang menyatakan hanya JAKIM yang berhak mengeluarkan pengesahan halal di Malaysia, banyak sekali isu-isu berkaitan penyalahgunaan halal di negara kita ini. Daripada isu coklat terkenal cadbury sehingga sekecil-kecil isu.

Ini merupakan satu petanda baik yang menandakan tahap kebersihan dan halal produk makanan mula diambil serius oleh pihak berkuasa. Perkara-perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi masyarakat kita tidak sedar akan situasi ini sehingga pihak JAKIM mula memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan yang pro-aktif kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi status halal di Malaysia.

Baru-baru ini kami diberi maklumat oleh pihak Al-Barakah Food Management & Consultancy berkenaan penyalahgunaan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat mereka oleh sesetengah peniaga yang sangat mengelirukan pelanggan mereka.

Dah Bertahun Kami Makan di Restoran itu

Mee kari kaki katak Halal -1

Pelanggan tersebut yang melaporkan kes ini mengatakan yang restoran tersebut telah menjadi tempat makanan kegemaran keluarganya setelah sekian tahun dan tidak pernah sama sekali menyangka bahawa restoran tersebut tidak halal.

Mengapa ini terjadi?

Ini adalah kerana kelaziman masyarakat kita menyangka apabila sesebuah restoran itu mempunyai nama ala-ala melayu dan pekerjanya adalah terdiri daripada islam (yang digambarkan seperti wajah melayu dan pekerja perempuan pakai tudung), dan pelanggan pula majoritinya melayu maka kita simpulkan bahawa restoran tersebut HALAL!

 Sijil Yang Dianggap Sijil Halal Restoran Rupanya Hanya Sijil Kehadiran Kursus Halal

Mee kari kaki katak halal -2

 

Tambahan pula pelanggan nampak ‘Sijil kehadiran Kursus Halal’ yang sengaja dipaparkan untuk tatapan umum. Mengikut pihak Al Barakah Food Management & Consultancy, mereka tidak menyangka ada pihak yang menggunakan sijil ini untuk mengelirukan pelanggan walhal sijil ini hanya untuk simpanan peribadi dan syarat permohonan pensijilan Halal JAKIM.

Di dalam modul pembelajaran kursus Halal itu juga ada menjelaskan dengan sangat terperinci bahawa hanya pemegang sijil Halal JAKIM yang berhak menyatakan produk mereka Halal dan tiada badan manapun yang berhak mengeluarkan pengiktirafan Halal JAKIM.

Menurut mereka lagi, sesiapa sahaja boleh menghadiri kursus tersebut kerana kursus ini bagus untuk menyedarkan golongan semua agama untuk memahami konsep Halal & Toyyib dalam Islam, tetapi janganlah digantung pula seolah-olah restoran mereka halal.

 

Mee kari kaki katak halal -5

Restoran berjaya yang telah lama menyajikan Mee Kari Kaki Katak kepada pengguna Islam Malaysia

Restoran Berjaya di Bangsar South ini menjadi tumpuan masyarakat Islam. Oleh itu kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan selepas ini dan lebih peka perihal Logo halal JAKIM.

Ramai Pelanggan Setia Restoran Berjaya Kesal Dengan Pendedahan Ini

Posting yang telah menjangkau lebih 7,000 Share dan ratusan komen tersebut telah mengejutkan pelanggan-pelanggan restoran yang sering menjamu selera disitu.

Berikut adalah antara komen-komen yang terdapat di posting tersebut:

Komen pengguna 1

komen pengguna 2

komen pengguna 3

Posting lengkap boleh di baca di sini

Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman sebegini? kongsikan di ruangan komen. 🙂