78 Kontena Daging Kambing Dan Babi Bercampur Masuk Malaysia

By | July 20, 2017
Daging kambing dan daging babi yang berjaya dirampas

Daging kambing dan daging babi yang berjaya dirampas

Anggaran 78 Kontena berisi Daging Kambing & Babi masuk ke Malaysia

Minggu ini negara digemparkan dengan sitaan 4 kontena daging kambing bercampur daging babi oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Menurut pemeriksaan juga didapati 74 kontena yang muatan serupa telah melepasi pemeriksaan dan dikuatiri telah dijual kepada pengguna. Namun begitu ia belum dapat disahkan dan masih dalam siasatan.

Merujuk laporan yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 18 Julai 2017 berkenaan sebuah syarikat tempatan yang dipercayai mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan mengimport produk tidak halal dari Negara Sepanyol.

Perlu diketahui bahawa syarikat pengimport produk tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Rentetan kes ini, syarikat tersebut turut berdepan tindakan undang-undang kerana menggunakan logo halal Malaysia tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

penyeludupan tulang babi yang berjaya ditumpaskan oleh MAQIS

Penyeludupan tulang babi yang berjaya ditumpaskan oleh MAQIS

JAKIM dan MAQIS bekerjasama

Justeru, JAKIM mengalu-alukan tindakan pihak MAQIS demi memastikan produk daging yang masuk ke negara ini sentiasa mematuhi peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, pengguna adalah disarankan agar menjadi pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh Jakim.

Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sumber:

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *