Monthly Archives: June 2017

Salam Aidil Fitri 1438H

hari raya kursus pengendalian makanan 2017

 

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Aidil Fitri buat kaum Muslimin di Malaysia,

Usai bulan Ramadhan ini, Syawal 1438 menjelma lagi. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa masing-masing.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam dan pengunjung laman web ini khususnya. Kami percaya perayaan Hari Raya Aidilfitri membawa erti yang besar maknanya kepada tuan/puan.

Sambutlah ia dengan penuh kesederhanaan tetapi dengan suasana yang ceria dan gembira. Bagi umat Islam kejayaan merentasi Ramadhan dengan penuh kesabaran dan pengisian amal ibadah memberi kekuatan kepada kerohanian dan jati diri individu.

Kami juga ingin menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan kepada semua warga kerja Laman Kursus Pengendalian Makanan Malaysia yang telah memberikan khidmat bakti dan sumbangan kepada kejayaan laman web ini.

Kami mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang berhari raya di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Namun ingin kami menyeru agar tuan/puan berhati-hati memandu, biar lambat asal selamat.

Penuhilah aktiviti sambutan Hari Raya dengan mengunjungi keluarga jauh dan dekat, sahabat handai sebagai tanda penghormatan kepada hubungan kemanusiaan yang terjalin.

Akhir kata, kami  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Salam ceria untuk semua.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Rex Fahri

Super Admin