Monthly Archives: April 2017

Selepas Komugi Mid Valley, Kini Tikus Serang 1Utama Pula

PETALING JAYA , 31 MAC – Pihak jabatan kesihatan negeri Selangor hari ini telah mengeluarkan notis arahan penutupan sementara bahagian ‘Grocery’ atau runcit di sebuah pasaraya terkenal iaitu Pasaraya AEON yang berada di dalam Pusat Beli-Belah 1Utama.

Notis penutupan 14 hari itu berkuatkuasa hari ini berikutan video yang tular menunjukkan seekor tikus yang berada di bahagian rak kotak susu ditemui di pasaraya tersebut.

isu tikus notis tutup aeon 1utama14 hari

Penutupan ini adalah selaras dengan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 yang apabila didapati tidak mematuhi undang-undang kebersihan makanan, dibolehkan premis ditutup selama 14 hari atau sehingga kesalahan dibetulkan.

Video berdurasi 42 Saat yang telah tular boleh dilihat disini video tikus aeon 1Utama.

Oktober lalu, isu tikus juga menghantui syarikat Komugi Malaysia cawangan Mid Valley. Kini semua cawangan mereka telah menambahbaik mutu keselamatan makanan mereka dengan membungkus setiap roti yang terdapat di rak mereka.

Pelanggan Diminta Berhati-Hati

Oleh kerana bertambahnya isu tikus di nagara ini, adalah disarankan pengguna lebih berhati-hati semasa membeli.

Pastikan barangan yang dibeli di pasaraya di basuh dahulu di rumah sebelum guna lebih-lebih lagi bila beli di kedai runcit. Ini adalah kerana di setor penyimpanan kebiasaanya terdapat banyak tikus apabila Kawalan Makhluk Perosak tidak dijalankan dengan berkesan.

Sumber: Youtube, Freemalaysiatoday, MSN News

Gadis Terkedu Melihat Tikus Besar Di Atas Roti Jenama Komugi Malaysia

tikus terbaring di roti komugi

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Seorang wanita berbangsa cina terkedu seketika apabila menemui seekor tikus besar berada di atas susunan roti di atas tray yang baharu sahaja siap di bakar.

Wanita tersebut yang dikenali dengan ID Facebook Melon Roux berkunjung ke pasaraya terkenal Mid Valley Mega Mall bersama rakannya sememangnya peminat kepada roti keluaran jenama Komugi ini.

Komugi merupakan jenama pengeluar roti dan Pastri dari jepun yang telah mempunya lebih daripada 10 cawangan di seluruh Malaysia.

Semasa memasuki premis Komugi tersebut, rakannya menyebut “hollyshit” yang menyebabkan dia terkejut lalu terus bertanya kepada rakannya. Namun apa yang didapati menyebabkan dia terkedu dan dengan serta merta dia memulangkan semula beberapa roti yang telah diambilnya lalu melaporkan perkara tersebut kepada kakitangan Komugi tersebut.

Berikut merupakan luahan kesal Melon Rux di Facebook beliau:

status viral isu tikus di komugi malaysia

Pihak Komugi Malaysia Memohon Maaf

Apabila dihubungi, pihak Komugi Malaysia memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan meningkatkan mutu kebersihan produk mereka.

Cawangan Komugi di Mid Valley ditutup sementara agar siasatan dapat dijalankan.

“Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.

Komugi juga berkata pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli belah terlibat.

Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.

Sumber: Malaysiakini, Astroawani