Monthly Archives: May 2016

Cara Mohon Lesen Tapak Bazar Ramadhan 2016

 

peniaga berebut semasa mohon tapak bazar ramadhan

Peniaga berebut semasa mohon tapak bazar ramadhan

Bulan Ramadhan menjelang tiba lagi pada tahun ini 2016 dan semestinya para peniaga pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan tapak niaga yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Manakan tidak, bulan ramadhan merupakan bulan yang paling banyak sekali rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam berbelanja baik untuk makanan mahupun pakaian.

Anehnya bulan Ramadhan seharusnya menjadi bulan menahan nafsu tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Atas faktor ini lah para peniaga mengaut untung yang berganda dari bulan-bulan yang lain. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengambil kesempatan memohon tapak Bazar Ramadhan di kawasan ‘panas’ hanya untuk menjualnya kembali dengan harga yang tidak masuk akal. Pernah di khabarkan suatu ketika dahulu tapak bazar di Jalan TAR dijual semula dengan harga RM30,000! mau tak bertinju macam dalam gambar diatas.

Nampak kan bagaimana bernilai sekiranya anda dapat tapak Bazar Ramadhan tahun ini 🙂

Di sini kami bagi cara memohon lesen permit tapak bazaar Ramadhan kepada yang ingin memohon. Tapi diharapkan kalau dapat, berniagalah sendiri jangan dijualkan pula.

1) Salinan SSM Sah (Belum Tamat Tempoh)
2) 2 Keping Gambar Berukuran Paspot
3) Salinan Pengesahan Suntikan Typhoid ( Belum Tamat tempoh )
4) Sijil Kursus Pengendalian Makanan
5) Hadiri Taklimat di Majlis Perbandaran
6) Bayaran Sebanyak RM200 ( Berbeza mengikut Majlis )

Pastikan anda mendaftar juga mereka yang akan bekerja (staf-Staf) di gerai sebagai pembantu dan mereka perlu melakukan perkara 3,4,5 di atas.

Ini adalah panduan AM sahaja dan mungkin berbeza mengikut Majlis.

P/S: Tarikh permohonan lain-lain mengikut PBT, pastikan anda tanya-tanya sikit dengan kawan-kawan peniaga. Mereka pasti tahu