Monthly Archives: November 2015

Mee Kari Kaki Katak Halal Jadi Tumpuan Masyarakat Melayu Islam Malaysia

Mee Kari Kaki Katak Sijil Halal Palsu

Semenjak Akta Perihal Dagangan 2011 yang menyatakan hanya JAKIM yang berhak mengeluarkan pengesahan halal di Malaysia, banyak sekali isu-isu berkaitan penyalahgunaan halal di negara kita ini. Daripada isu coklat terkenal cadbury sehingga sekecil-kecil isu.

Ini merupakan satu petanda baik yang menandakan tahap kebersihan dan halal produk makanan mula diambil serius oleh pihak berkuasa. Perkara-perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi masyarakat kita tidak sedar akan situasi ini sehingga pihak JAKIM mula memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan yang pro-aktif kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi status halal di Malaysia.

Baru-baru ini kami diberi maklumat oleh pihak Al-Barakah Food Management & Consultancy berkenaan penyalahgunaan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat mereka oleh sesetengah peniaga yang sangat mengelirukan pelanggan mereka.

Dah Bertahun Kami Makan di Restoran itu

Mee kari kaki katak Halal -1

Pelanggan tersebut yang melaporkan kes ini mengatakan yang restoran tersebut telah menjadi tempat makanan kegemaran keluarganya setelah sekian tahun dan tidak pernah sama sekali menyangka bahawa restoran tersebut tidak halal.

Mengapa ini terjadi?

Ini adalah kerana kelaziman masyarakat kita menyangka apabila sesebuah restoran itu mempunyai nama ala-ala melayu dan pekerjanya adalah terdiri daripada islam (yang digambarkan seperti wajah melayu dan pekerja perempuan pakai tudung), dan pelanggan pula majoritinya melayu maka kita simpulkan bahawa restoran tersebut HALAL!

 Sijil Yang Dianggap Sijil Halal Restoran Rupanya Hanya Sijil Kehadiran Kursus Halal

Mee kari kaki katak halal -2

 

Tambahan pula pelanggan nampak ‘Sijil kehadiran Kursus Halal’ yang sengaja dipaparkan untuk tatapan umum. Mengikut pihak Al Barakah Food Management & Consultancy, mereka tidak menyangka ada pihak yang menggunakan sijil ini untuk mengelirukan pelanggan walhal sijil ini hanya untuk simpanan peribadi dan syarat permohonan pensijilan Halal JAKIM.

Di dalam modul pembelajaran kursus Halal itu juga ada menjelaskan dengan sangat terperinci bahawa hanya pemegang sijil Halal JAKIM yang berhak menyatakan produk mereka Halal dan tiada badan manapun yang berhak mengeluarkan pengiktirafan Halal JAKIM.

Menurut mereka lagi, sesiapa sahaja boleh menghadiri kursus tersebut kerana kursus ini bagus untuk menyedarkan golongan semua agama untuk memahami konsep Halal & Toyyib dalam Islam, tetapi janganlah digantung pula seolah-olah restoran mereka halal.

 

Mee kari kaki katak halal -5

Restoran berjaya yang telah lama menyajikan Mee Kari Kaki Katak kepada pengguna Islam Malaysia

Restoran Berjaya di Bangsar South ini menjadi tumpuan masyarakat Islam. Oleh itu kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan selepas ini dan lebih peka perihal Logo halal JAKIM.

Ramai Pelanggan Setia Restoran Berjaya Kesal Dengan Pendedahan Ini

Posting yang telah menjangkau lebih 7,000 Share dan ratusan komen tersebut telah mengejutkan pelanggan-pelanggan restoran yang sering menjamu selera disitu.

Berikut adalah antara komen-komen yang terdapat di posting tersebut:

Komen pengguna 1

komen pengguna 2

komen pengguna 3

Posting lengkap boleh di baca di sini

Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman sebegini? kongsikan di ruangan komen. 🙂