Monthly Archives: October 2015

Pekerja Restoran Tidak Perlu Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan

pekerja restoran tidak perlu hadir kursus

Kredit : poskod.my

Berikut merupakan pertanyaan yang diterima dari pengguna www.kursuspengendalianmakanan.com

Assalamualaikum WBT Tuan,

Saya akan membuka restoran di Cyberjaya pada hujung bulan ini.

Saya memerlukan Suntikan Typhoid dan sijil kursus pengendali makanan bagi tujuan permohonan permit PBT.

Adakah pekerja restoran saya perlu menghadiri kursus juga atau hanya saya sebagai pemilik restoran yang perlu hadir.

Jawapan:

Mengikut Akta Kebersihan Makanan 1983 – Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009, semua pengendali makanan diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta tersebut boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak melebihi RM 10,000.

Berdasarkan akta tersebut, jelas bahawa setiap pengendali makanan yang bersentuhan secara langsung mahupun tidak langsung wajib untuk menghadiri kursus ini dan mendapatkan suntikan typhoid.

Ramai pengusaha makanan yang masih tidak tahu akan syarat-syarat ini walaupun akta ini telah dikuatkuasa sedari tahun 1983. Peniaga juga menganggap bahawa Kursus dan Suntikan tersebut hanya merupakan syarat untuk mendapatkan permit PBT. Walhal implimentasi akta ini lebih tertumpu kepada pengendali makanan iaitu pekerja-pekerja restoran yang bersentuhan makanan secara langsung dan ia bertujuan mengawal sakit akibat keracunan makanan dan sakit taun.

Terdapat juga ramai di kalangan peniaga yang tahu akan peraturan ini namun tetap tidak mementingkan aspek ilmu kebersihan makanan ini kepada pekerja mereka. Ini adalah kerana pekerja-pekerja mereka sering bertukar ganti dan mereka menganggap tiada guna jika menghantar mereka berkursus jika 3 atau 4 bulan nanti mereka akan menghilangkan diri.

Pengusaha restoran perlu tahu bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melengkapi ilmu pengendalian makanan yang betul dan memberikan suntikan typhoid kepada pekerja mereka sebelum mereka mula bekerja di restoran.

Dengan ini, kebersihan makanan yang dijual di premis terjamin kebersihan dan adil kepada pelanggan kerana mereka membeli makanan di restoran bukan diberi percuma.

Bagaimana pandangan anda? pernah mengalami makanan yang dihidangkan basi atau terjumpa kaki lipas dalam makanan anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.