Monthly Archives: June 2015

Perniagaan Makanan Dari Rumah Perlu Hadiri Kursus Pengendalian Makanan?

Berikut merupakan pertanyaan yang di emailkan oleh pengguna www.kursuspengendalianmakanan.com.

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perniagaan makanan contoh piza/donut di mana penyediaannya dilakukan di rumah dan seterusnya melakukan penghantaran secara terus kepada pelanggan.

1. Adakah saya perlu mendapatkan suntikan?
2. Menghadiri kursus pengendali makanan?
3. Mendapatkan sijil-sijil perakuan yang diiktiraf?

Sekian,

Terima kasih

Saudari NLZ
perniagaan makanan dari rumah
Jawapan:

Kursus Pengendali Makanan

Kursus pengendali makanan dan suntikan Typhoid merupakan 2 perkara wajib yang perlu ada pada setiap pengendali makanan di Malaysia di bawah akta makanan 1983 Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009. Ia merupakan syarat wajib bagi memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perniagaan berasaskan makanan.
Apabila saudari berniaga tanpa premis iaitu beroperasi di rumah atau ‘Home Base’, saudari tidak tertakluk di bawah akta tersebut. Tidak ada penguatkuasa akan datang ke dapur saudari untuk menjalankan pemantauan kebersihan. Walau sekotor mana dapur peniaga yang berniaga dari rumah, tiada siapa yang akan tahu.
Perlu diketahui juga badan-badan pengiktirafan seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazar Analysis & Critical Control Points (HACCP), MESTI, JAKIM tidak akan mengiktiraf produk yang dihasilkan dari dapur rumah. Sila rujuk syarat umum permohonan pensijilan halal JAKIM bagi mengetahui sedikit sebanyak mengenai keperluan pemohon.
Namun Begitu..
Adalah perlu difahami tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan syarat-syarat seperti ini adalah bagi meningkatkan kualiti produk makanan yang dijual di Malaysia sekaligus mengurangkan kadar keracunan makanan akibat kecuaian pengendali makanan.
Walaupun saudari beroperasi di rumah, hadiri kursus pengendalian makanan ini untuk belajar cara pengendalian makanan dengan bersih dan selamat. Sijil yang diperolehi di simpan untuk kegunaan masa akan datang sekiranya perniagaan saudari sudah berkembang dan beroperasi di premis perniagaan yang memerlukan lesen dari pihak PBT.

Suntikan typhoid

Suntikan typhoid atau Anti typhod atau TY2 juga wajib diambil oleh pengendali makanan walau anda tidak diwajibkan oleh PBT. Tujuan suntikan ini bukan sekadar mendapat kad suntikan tetapi untuk mengelakkan dari jangkitan Demam Kapialu. Informasi berkenaan Kelebihan pelalian anti-tifoid boleh didapati di sini.

Kesimpulan

Banyak respon dari peserta kursus sendiri pernah mengalami kuih-muih dan masakan yang bergelar ‘Home-Made’ terdapat bendasing seperti bulu kucing, rambut dan lain-lain lagi.

Semoga saudari mendapat penjelasan daripada tulisan kali ini dan mudahan saudari dapat membuat pertimbangan samada setelah membaca penulisan ini.