Monthly Archives: May 2015

Kesalahan Serius Mengapa Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik oleh JAKIM

sijil halal secret recipe ditarik balik

System pensijilan halal Malaysia merupakan system yang bertaraf dunia dan diperakui dan dipercayai oleh kebanyakan negara-negara eropah. Pengesahan sijil halal Malaysia bukan sahaja bererti sesuatu produk atau syarikat mendapat pengensahan halal kerana bahan mentah cukup syarat halal, ia juga merangkumi aspek kebersihan secara menyeluruh dari proses pengeluaran, proses logistik dan proses penjualan kepada pengguna. Segalanya mestilah patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Ini lah dia satu system yang disebut Halalan Toyyiba yang membawa maksud Halal lagi Bersih.

Ramai pengusaha-pengusaha makanan terutamanya dari yang beragama islam sendiri yang memandang remeh akan pensijilan halal Malaysia kerana mereka beranggapan bahawa apabila pemilik dan staff semua terdiri dari beragama Islam, tidak menghidang babi, ayam yang dijual pula disembelih oleh Pak Mat yang juga beragama Islam.. Sudah tentulah produk halal!… BELUM TENTU!

Pensijilan Halal Jakim telah di integrasikan dengan Good Manufacturing Practice (GMP) dan HACCP. Ia juga mestilah berpandukan kepada ISO Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014. Restoran haji Mat, Restoran Mamak dan seangkatan dengannya sangat susah untuk melepasi garis panduan pensijilan halal Malaysia. kenapa? … lawatilah bahagian dapur, stor atau toilet mereka dan nilailah sendiri.

Bahagian Hab halal JAKIM telah melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik dengan pemantauan kepada syarikat yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM agar penerima pengensahan Halal kekal menjaga garis panduan tersebut sepanjang tempoh pengensahan Halal. Namun begitu terdapat juga sesetengah pengusaha yang culas dalam melaksanakan amalan tersebut dan mengambil enteng perkara kebersihan dan halal akibatnya sijil pengesahan halal ditarik balik.

Pada 7 Mei 2015, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan media yang menguatkuasakan penarikan sijil halal kepada dua (2) outlet restoran makanan tersohor iaitu Secret Recipe. Syarikat ini telah acap kali keluar media berkenaan isu halal, sebelum ini perihal penggunaan bahan tidak halal dalam kek mereka dan kali ini tidak terlibat bahan ramuan yang haram tetapi kes premis yang kotor.

Perlu diketahui umum, penarikan sijil ini hanya kepada dua outlet ini kerana sijil pengesahan halal jakim adalah berdasarkan kepada outlet bukan kepada brand atau syarikat. Ini bererti anda masih lagi boleh menjamu selera di outlet selain dari yang dua ini sekiranya anda menitikberatkan isu Halal toyyiba. Ketahui kenapa sijil halal secret recipe ditarik balik oleh JAKIM dari penjelasan mereka di bawah ini.

secret recipe tidak halal

Di bawah ini adalah kenyataan media yang dikeluarkan daripada pihak Jakim:

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal ingin memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. berikutan kenyataan mengenainya yang disebarkan secara meluas di laman-laman sosial.

2. Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Penarikan ini walau bagaimanapun adalah TIDAK disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

3. Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik.

4. Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah berkuatkuasa pada 7 Mei 2015. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. JAKIM akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

5. JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

6. JAKIM juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat andaian pelbagai dan menyebarkan isu ini secara salah. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
26 Mei 2015

Sumber: Kenyataan Media Berkenaan Isu Penarikan Sijil Halal Malaysia Bagi Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. – www.halal.gov.my

Syarat Khas Lesen Restoran Majlis Daerah Kuala Langat

Syarat Permohonan Lesen restoran Majlis Daerah Kuala Langat

Majlis Daerah Kuala Langat sangat mengambil berat berkenaan kebrsihan makanan dan telah menetapkan syarat perlesenan yang ketat kepada para pemohon yang ingin memohon perlesenan bagi restoran, kedai makan dan kafeteria.

Berikut merupakan senarai syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Perlesenan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MDKL. Sebarang pertanyaan lebih lanjut berkenaan permohonan lesen ini boleh berhubung terus dengan MDKL dengan melawati laman berikut www.mdkl.gov.my .

Borang Permohonan Lesen restoran / Kafeteria / Kedai Makan

Borang Permohonan lesen MDKL boleh didapati di kaunter utama bahagian perlesenan dengan PERCUMA. Borang juga boleh didapati dengan memuat turun dari laman web mereka. sila ikuti pautan yang diberikan diatas.

Bayaran Lesen MDKL

Berikut merupaka bayaran yang dikenakan bagi proses permohonan lesen perniagaan di MDKL

  1. Bayaran Proses Permohonan –RM 20.00
  2. Bayaran Permit Perniagaan Sementara (2 bulan) –RM 50.00

Syarat-Syarat Khas Permohonan Lesen Restoran / Kafeteria / Kedai Makan

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan oleh MDKL bagi pemohon yang ingin memohon lesen perniagaan restoran dan setara dengannya. Garis panduan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa.

Pengendali Makanan

  1. Pengendali makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan pegawai perubatan dan suntikan Typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
  2. Pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Majlis.
  3. Semua pengendali makanan diwajibkan memakai apron yang berwarna cerah dan penutup kepala yang bersih.
  4. Membersih tangan dengan sempurna selepas membuang air besar/kecil atau sebelum menyediakan makanan dengan menggunakan bahan pencuci / bahan sanitasi. Ikuti langkah membasuh tangan dengan betul seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Setiap pengendali makanan DILARANG:-

• Berkuku panjang dan kotor
• Merokok semasa mengendali makanan
• Memakai selipar dan sandal
• Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan (Hendaklah menggunakan sarung tangan dan peralatan yang sesuai)

Ruang Makan

  1. Lantai ruang makan hendaklah disudahi dengan jubin / Cat Apoxy yang tulen dan dinding hendaklah disudahi dengan Cat Apoxy / jubin sekurang-kurangnya 1.5 meter dari lantai.
  2. Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yang mencukupi untuk kemudahan pelanggan.
  3. Binatang-binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam premis.
  4. Bekalkan bekas-bekas habuk rokok, bakul sampah atau bekas yang bersesuaian untuk kemudahan pelanggan.
  5. Meja yang digunakan hendaklah daripada jenis kalis air dan bersih serta mempunyai permukaan yang licin dan senang dicuci. Hendaklah dibersihkan dengan menggunakan bahan pembunuh kuman pada setiap kali / tamat menjalankan perniagaan
  6. Pengusaha perlu memastikan premis bebas dari lalat, lipas dan tikus (LILATI). Kawalan serangga perlu dibuat 2 kali setahun di setiap premis makanan.
  7. Pengusaha perlu memasang perangkap lalat elektrik yang mencukupi.
  8. Siling, lampu dan kipas hendaklah sentiasa bersih dan bebas dari habuk dan sawang.

Ruang Dapur

  1. Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
  2. Dinding dan lantai ruang dapur hendaklah dibuat dengan jubin / dicat dengan Cat Apoxy.
  3. Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller- 0° C hingga 4°C dan Freezer -0°C hingga -18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak di ruang atas dan makanan mentah diruang bawah peti sejuk).
  4. Mengadakan cerobong asap dan/ atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
  5. Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di atas lantai.
  6. Mengadakan perangkap minyak atau lemak (grease trap) di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
  7. Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan. Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.
  8. Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.

Kemudahan Tandas

  1. Dinding dan lantai bilik hendaklah dibina dengan jubin tidak kurang 5 kaki tinggi dari paras lantai.
  2. Tandas, bilik mandi dan tempat membuang air kecil hendaklah berkeadaan baik dan sentiasa bersih.
  3. Sediakan besin basuh tangan dan sabun cecair di bahagian tandas serta sediakan tuala / tisu ditempat yang sesuai.

Perlindungan / Penyimpanan Makanan

  1. Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, cabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Dilarang meletak makanan di atas lantai.
  2. Semua makanan samada telah dimasak hendaklah dijaga supaya tidak dicemari oleh habuk-habuk, kekotoran tikus, lalat dan lipas.
  3. Semua pinggan mangkuk / cawan hendaklah dalam keadaan bersih dan yang retak dan sumbing tidak dibenarkan diguna.
  4. Tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja menyediakan makanan di bilik mandi, tempat membuang air kecil, tandas dan diatas longkang, kaki lima dan diatas lantai.
  5. Simpanan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran hendaklah diasingkan dengan makanan yang boleh terus dimakan seperti ais batu.
  6. Semua makanan yang telah masak / sedia untuk dimakan hendaklah diletakkan / dipamirkan pada alat pemanas dengan suhu sentiasa tidak kurang 630C.
  7. Peti ais hendaklah sentiasa bersih :

• Suhu Bahagian Beku, – 180C
• Suhu Bahagian Sejuk, 00C – 50C
• Suhu Bahagian Simpan Sayuran 00C – 100C

Lain-Lain

  1. Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari urungan serangga seperti lalat dan lipas
  2. Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan rodensia serta haiwan peliharaan.
  3. Bahagian dalam dan luar bangunan hendaklah dicat semula di tempat yang kotor dan diseluruh bangunan kedai / premis.
  4. Barang-barang yang tidak berguna hendaklah dikeluarkan dari premis.
  5. Menyediakan beberapa tong sampah yang diakui oleh Majlis.
  6. Keseluruhan premis termasuk alat-alat / perkakas dan kemudahan tandas dan bilik mandi hendaklah diselenggarakan dalam keadaan bersih dan baik pada setiap masa.
  7. Kaki lima, lorong dan longkang-longkang awam di tepi / lorong DILARANG dihalang pada setiap masa dan jaga kebersihannya.
  8. Longkang mestilah berada di dalam keadaan sempurna dan bebas pengaliran air.
  9. Menyediakan satu bilik stor bagi penyimpanan barang-barang.
  10. Tidak dibenarkan menjual / membawa minuman keras di dalam premis tanpa kebenaran Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu.
  11. Kedudukan / lokasi premis hendaklah berjauhan daripada bengkel kereta atau motosikal, kedai makanan haiwan dan juga kedai haiwan.
  12. Perangkap minyak wajib dipasangkan untuk mengelakkan minyak, lemak dan lebihan makanan mengalir terus ke dalam longkang.
  13. Jadual pencucian menyeluruh bagi kedai / restoran hendaklah disediakan dan dipamirkan serta dipatuhi oleh pengusaha.
  14. Kerja-kerja kawalan serangga hendaklah dijalankan oleh Syarikat Kawalan Serangga yang bertauliah dan salinan laporan kerja kawalan hendaklah disimpan bagi rujukan oleh Pihak Majlis.
  15. Tempat basuh tangan berasingan hendaklah disediakan bagi kegunaan pelanggan dan pekerja .
  16. Kain-kain berwarna barlainan hendaklah digunakan bagi lap meja, tangan pekerja, pelanggan dan alat-alat menghidang makanan.
  17. Surat khabar atau mana-mana kertas yang mengandungi tulisan tidak dibenarkan untuk kegunaan bagi pembungkusan / penutupan untuk makanan samada mentah / makanan telah siap dimasak.
  18. Menyediakan peti kecemasan yang mengandungi alat/ubatan kecemasan yang mencukupi bagi rawatan kecemasan.
  19. Meletakkan tanda larangan merokok di dalam kawasan berhawa dingin.
  20. Jika ada tempat khas seperti dewan makan, pengusaha hendaklah menyediakan satu basin mencuci tangan bagi setiap dua puluh pelanggan. Basin tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berfungsi.
  21. Kayu api / arang tidak boleh digunakan untuk memasak atau mamanaskan makanan di kawasan ruang makan.
  22. Tidak dibenarkan sebarang bentuk perjudian termasuk permainan mahjung dijalankan / ditonton di mana-mana bahagian premis.
  23. Air yang digunakan mestilah diambil dari bekalan air awam / punca yang selamat dan bersih.
  24. Memastikan premis sentiasa diselenggara dengan baik dan bersih dengan menyediakan tong sampah dalam bilangan yang secukupnya. Segala sampah dalam tong sampah hendaklah dilupuskan oleh pelesen mengikut cara yang diarahkan oleh Yang Dipertua.
  25. Jika tuan mempamerkan papan iklan atau papan tanda di premis tersebut, perlu kelulusan lesen papan iklan daripada Yang Dipertua.
  26. Premis makanan DILARANG dari dijadikan sebagai tempat penginapan.

Peringatan

Segala arahan daripada Yang Dipertua atau mana-mana pegawai Majlis ini yang diberi kuasa hendaklah dipatuhi dari masa ke semasa.

Apa pandangan anda? ada cadangan penambahbaikan yang ingin diusulkan kepada MDKL?

Tinggalkan komen anda di bawah. Semoga panduan ini memudahkan anda untuk permohonan lesen di MDKL dan semoga perniagaan anda sukses!

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Selangor, MDKS

Syarat Khas Lesen restoran dan kedai makan Majlis Daerah Kuala Selangor

Bagi pemohon lesen kelulusan serta-merta premis makanan di Majlis daerah Kuala selangor, syarat-syarat am dan syarat khas mestilah dipatuhi untuk mendapat kelulusan lesen. Walaupun kelulusan lesen diberikan serta-merta, pemohon diberikan tempoh 2 bulan untuk memastikan premis mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sekiranya didapati pemohon tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, lesen yang dikeluarkan akan ditarik balik atau pemohon boleh dikenakan kompaun.

Permohonan lesen perniagaan untuk restoran bagi Majlis Daerah Kuala Selangor dimana pemohon perlu mengemukakan borang serta merta dan kelulusan lesen adalah 24 jam hari bekerja. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Pelesenan, MDKS atau boleh download di laman web www.mdks.gov.my (muat turun borang).

Syarat-syarat Khas kelulusan serta merta MDKS

Syarat-syarat khas MDKS tiada beza dengan syarat khas yang telah ditetapkan seperti syarat khusus keluulusan lesen serta-merta

1) Pengendali Makanan

  • Semua Pengendali Makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan Pegawai Perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
  • Semua pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Semua Pengendali Makanan diwajibkan memakai apron yang berwana cerah dan penutup kepala yang bersih.
  • Semua Pengendali Makanan dilarang :
    i. Berkuku panjang dan kotor
    ii Merokok semasa mengendali makanan.
    iii. Memakai selipar dan sandal
    iv. Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan . (Hendaklah menggunakan sarung tangan & peralatan yang sesuai)

2) Ruang Makan

  • Lantai ruang makan hendaklah pasang dengan jubin yang sempurna dan jubin dinding hendaklah sekurang-kurangnya 1.5.meter dari lantai.
  • Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yangmencukupi untuk kemudahan pelanggan.

3) Ruang Dapur

  • Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller – 0°C hingga 4°C dan Freezer – 0°C hingga 18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak diruang atas dan makanan mentah di ruang bawah peti sejuk).
  • Mengadakan cerobong asap dan/atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di ats lantai.
  • Mengadakan perangkap minyak atau lemak di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
  • Dinding dan lantai dapur, tempat penyediaan makanan hendaklah dipasang dengan jubin yang sempurna sehingga siling dapur.
  • Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit ) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan . Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan makanan di atas lantai.
  • Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.

4) Stor Penyimpanan

  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Di larang meletak makanan di atas lantai.

5) Lain-lain

  • Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari hurungan serangga seperti lalat dan lipas.
  • Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan ridensia serta haiwan peliharaan

Dokumen Sokongan Kelulusan Lesen Serta-Merta

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti dalam senarai semakan di borang tersebut dan bagi pemohon yang mengendalikan makanan (restoran, kedai makan atau penjaja yang menjual makanan/minuman) wajib mengemukakan salinan suntikan dan salinan kursus pengendalian makanan bagi pemohon dan pembantu.

Sekiranya pemohon masih belum menghadiri kursus pengendalian makanan, pihak Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran MDKS ada menyediakan kursus tersebut dan pemohon diminta mendaftar pada kursus tersebut atau semak direktori Sekolah Latihan Pengendali Makanan Malaysia.

Permohonan yang lengkap akan diproses dan bayaran proses RM30.00 perlu dijelaskan pada hari penyerahan borang.

27 Syarat-Syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

Syarat khas permohonan lesen serta merta mbpj

Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau MBPJ menggunakan borang kelulusan serta-merta bagi pemohon yang ingin memohon lesen restoran / premis makanan. Borang ini adalah diberikan secara percuma dan boleh didapati di kaunter utama Bangunan Majlis Bandaraya Petalig Jaya . Untuk menghubungi pihak perlesanan MBPJ, sila lawati laman ini www.mbpj.gov.my

Syarat-Syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

  1. Pengusaha premis makanan hendaklah memiliki lesen perniagaan yang sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan hendaklah sentiasa mempamirkan lesen tersebut di premis.
  2. Lokasi premis makanan hendaklah terletak di kawasan yang dibenarkan oleh Majlis dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak majlis.
  3. Tidak di benarkan membuat apa-apa sambungan binaan di luar dari premis asal atau binaan yang menutup longkang tanpa kebenaran Majlis
  4. Longkang awam di sekeliling premis hendaklah tidak di tutup sedemikian cara hingga menghalang kerja-kerja pembersihan longkang serta hendaklah di jaga sedemikian cara supaya sentiasa bersih dari sampah-sarap dan/atau sisa makanan.Longkang awam di sekeliling premis tidak boleh di tutup tanpa kebenaran bertulis dari pihak majlisdan tertakluk keatas budibicara majlis dengan berpandukan undang-undang serta dengan kebenaran bersyarat.
  5. Lantai di seluruh kawasan premis hendaklah dipasang dengan jubin dari jenis ‘non slip’
  6. Dinding di seluruh kawasan premis hendaklah dipasang dengan jubin sekurang kurangnya 1.5 meter dari paras lantai.
  7. Hendaklah mengadakan sistem ‘exhaust’ dengan corong asap di bahagian dapur. Corong asap hendaklah di pasang mengarah ke atas hingga ke paras atas bumbung dan di pasang sedemikian cara supaya tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu. Corong asap tidak di benarkan di pasang mengarah ke bawah atau ke dalam longkang.
  8. Hendaklah mengadakan stor yang mencukupi untuk penyimpanan bahan mentah yang kering. Penyimpanan bahan mentah yang kering hendaklah di atas rak bertingkat yang di perbuat dari ‘STAINLESS STEEL’ yang di pasang sedemikian cara supaya bahagian bawah rak bertingkat bebas dari paras lantai setinggi 50 cm (20 inci) atau lebih bagi mengelakkan pencemaran silang.
  9. Premis makanan dan stor hendaklah bebas dari urungan lalat/lipas/tikus dan serangga Semua premis makanan hendaklah melantik satu syarikat kawalan lipas/lalat/tikus dan serangga (’Pest Control’) yang bertanggungjawab melakukan kerja kerja kawalan sedemikian cara supaya dapat mencegah pembiakan dan premis sentiasa bebas dari urungan lipas/lalat/tikus dan
    serangga. Hendaklah menyediakan jadual rawatan pencegahan lipas/lalat/tikus dan serangga. Pengusaha hendaklah mengemukakan satu salinan kontrak perkhidmatan tahunan kontraktor kawalan serangga/rodensia
  10. Hendaklah mengadakan kemudahan tandas yang mencukupi. Tandas hendaklah di jaga supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak berbau busuk. Tandas hendaklah dilengkapi kemudahan mencuci tangan serta bekalan sabun, tisu atau alat pengering tangan, tong sampah bertutup dan alat semburan pewangi.
  11. Hendaklah mengadakan besin (sinki) cuci tangan dengan bekalan sabun dan tisu atau alat pengering tangan di dewan makan untuk kegunaan pelanggan.
  12. Hendaklah mengadakan tong sampah bertutup yang mencukupi bagi membuang sampah dan sisa makanan. Sampah dan sisa makanan hendaklah di isi ke dalam beg plastik yang di letak ke dalam tong sampah atau sedemikian cara supaya tidak bersepah di kawasan premis. Dilarang membuang sampah dan sisa makanan ke atas lantai atau ke dalam longkang
  13. Hendaklah mengadakan ‘grease trap’. yang mencukupi dan sesuai, yang di buat dari ‘stainless steel’ supaya senang di cuci.
    Semua air limbah dari tempat cucian dan dapur hendaklah disalurkan sedemikian cara supaya melalui ‘grease trap’ yang disediakan sebelum disalurkan ke longkang awam. ‘Grease trap’ hendaklah di selenggara supaya sentiasa berada di dalam keadaan bersih, tidak tersumbat atau melimpah ke atas lantai.
  14. Semua pengendali makanan dan pekerja hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan bertauliah iaitu:
    – pemeriksaan fizikal
    – mendapatkan suntikan pelalian TYPHOID
    – pemeriksaan X – ray dada
    – pemeriksaan perubatan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Kesihatan / Pegawai Perubatan Majlis
  15. Semua pengendali makanan dan pekerja di wajibkan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan (ALKEM) atau Majlis.
  16. Setiap pengendali makanan dan pekerja hendaklah memiliki satu Sijil Kesihatan yang di sahkan oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau yang dikeluarkan oleh pihak Majlis dan sijil tersebut perlu di kemukakan apabila di minta oleh majlis
  17. Setiap pengendali makanan dan pekerja hendaklah memiliki satu sijil suntikan TYPHOID yang sah dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan yang di iktiraf okeh Kementerian Kesihatan atau pihak Majlis dan sijil tersebut perlu di kemukakan apabila di minta oleh majlis
  18. Setiap pengendali makanan dan pekerja hendaklah memiliki satu sijil Kursus Pengendali Makanan yang sah dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan (ALKEM) atau yang dikeluarkan oleh pihak Majlis dan sijil tersebut perlu di kemukakan apabila di minta oleh majlis
  19. Semua pengendali makanan dan pekerja hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan kemas, memakai apron, topi dan berkasut.
  20. Gerai-gerai, rak makanan, dan peralatan hendaklah diperbuat daripada ‘stainless steel’ dan di selenggara dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Gerai-gerai, rak makanan, dan peralatan tidak di benarkan di letak atau di simpan di lorong belakang, kaki lima atau di lorong tepi premis. Tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti mencuci atau memasak di luar premis perniagaan
  21. Pengusaha premis makanan hendaklah menyediakan sinki atau besin tempat mencuci pinggan mangkuk yang tinggi dari paras lantai dan tidak di benarkan mencuci pinggan mangkuk di luar kawasan premis, di atas lantai atau di atas jalan
  22. Pengusaha premis makanan hendaklah mengadakan jadual pembersihan dan memastikan keadaan premis sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan sanitari.
  23. Bekalan air hendaklah di ambil secara terus dari paip bekalan air awam dan tidak di benarkan menggunakan sambungan paip getah atau plastik atau bekas takungan air
  24. Tidak di benarkan membawa, menyimpan atau memelihara haiwan di dalam kawasan premis makanan atau persekitaran nya
  25. Mana mana premis makanan yang dikenakan kompaun sebanyak tiga (3) kali berturut turut bagi satu kesalahan yang sama dalam tempoh dua belas (12) bulan berterusan, maka premis tersebut akan dikenakan tindakan:
    a) Pembatalan lesen selepas surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada pemilik premis dan di pertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Teknikal Pelesenan serta pembatalan lesen melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Perundanagn dan Penguatkuasaan
    b) Premis tersebut akan di kenakan sistem pemarkahan demerit yang berakhir dengan penutupan premis.
  26. Bilangan dan kedudukan gerai dalam sesebuah premis makanan hendaklah sebagaimana yang di tetapkan oleh majlis.
  27. Hendaklah memohon permit daripada Majlis bagi meletak kerusi meja diluar premis yang terhad hanya di siarkaki sahaja. Kelulusan hanya untuk kegunaan pelanggan sahaja

Permohonan Lesen Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Bagi Negeri Selangor.

Memulakan Perniagaan Restoran dan Kedai Makan Di Selangor

Permohonan lesen perniagaan restoran

Lesen perniagaan merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap pengusaha yang ingin menjalankan perniagaan secara sah di Malaysia. Di setiap negeri, terdapat perbezaan dari segi cara permohonan dan syarat-syarat yang dikenakan terutama sekali dalam industri pemakanan kerana ini adalah sektor kritikal yang boleh membahayakan kesihatan orang awam dan boleh membawa penyakit.

Perlesenan bagi perniagaan restoran / kedai makanan adalah penting bagi memastikan pengusaha yang diberikan lesen tersebut mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan agar pengusaha beroperasi dengan menjaga kebersihan premis, menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan akhirnya menjami kesihatan pengguna awam yang membeli produk keluaran pengusaha tersebut.

Sering kita dengar di berita dan di akhbar  tajuk-tajuk seperti berikut:

‘Seluar Dalam’ Rahsia Cendol Buatan Bangla 

‘Kilang Tauhu Jijik Kene Serbu’

‘Kilang Bihun Jijik Di Batu Caves’

“kilang Roti Uli Tepung Guna Kaki Di Arah Tutup’

Dan macam-macam lagi…

Kebanyakan kes-kes yang dinyatakan seperti di atas beroperasi samada tiada lesen atau lesen telah lama tamat tempoh apabila diserbu pihak berkuasa. Inilah yang terjadi apabila perniagaan makanan beroperasi tanpa lesen menyebabkan pihak penguasa tidak dapat memantau kegiatan kotor mereka.

Sebenarnya permohonan lesen perniagaan restoran / kedai makan tidak susah dan sangat mudah. Tempoh yang diambil bagi kelulusan lesen adalah SERTA-MERTA!

Perundangan dan Akta

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan .  Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Lesen Serta-Merta

Permohonan lesen perniagaan  di negeri selangor telah naiktaraf dan melakukan penambahbaikan daripada proses yang dahulu ke proses yang digunapakai sekarang. Penambahan ini adalah bagi memudahkan lagi pengeluaran lesen dan menjadikan ia lebih efisyen dalam memproses permohonan lesen yang meningkat dari hari ke hari. Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk:

Masa

Prosedur Lama – 30 Hari

Prosedur Baru –  Kelulusan Serta Merta

Keperluan

Prosedur Lama – Memenuhi semua syarat teknikal sebelumkelulusan

Prosedur Baru – Memenuhi syarat dalam tempoh 2 (dua) bulan selepas pengeluaran lesen

Kelulusan

Prosedur Lama – Pemusatan Kuasa melalui keputusan mesyuarat / Datuk Bandar / YDP

Prosedur Baru – ‘Empowerment’ kepada pegawai yang diberikan kuasa

Pemeriksaan Premis

Prosedur Lama – Sebelum kelulusan

Prosedur Baru – Dalam masa 2 (dua) bulan setelah lesen dikeluarkan

Borang

Prosedur Lama – Borang perlu dibeli dan tiada keseragaman borang bagi semua PBT

Prosedur Baru – Borang adalah percuma dan boleh didapati di mana-mana PBT atau boleh dimuat turun di lama PBT. Borang juga adalah sama bagi semua PBT di Selangor.

 6 Kaedah Pengeluaran Lesen Perniagaan Serta-merta

Terdapat 6(enam) kaedah yang digunakan dalam pengeluaran lesen perniagaan serta-merta iaitu:

  1. Permohonan mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan
  2. Terpakai bagi kesemua 56** lesen perniagaan iklan seperti dalam senarai A dan B
  3. Premis mempunyai CF/CCC
  4. Pemantauan dibuat setelah mendapat lesen dan diberi tempoh dua bulan untuk memenuhi semua syarat
  5. Kompaun diberikan atau lesen dibatalkan jika gagal mematuhi syarat yang ditetapkan
  6. Pemilik sendiri yang menandatangani borang permohonan dan dokumen aku janji*

* Tidak dibenarkan menghantar wakil atau perkhidmatan ejen

**Sila rujuk PBT bagi lesen-lesen perniagaan lain yang boleh dipohon secara serta-merta.

Senarai Lesen Serta-merta Dengan Syarat Khusus Senarai B

Terdapat 7(tujuh) jenis perniagaan yang diklasifikasikan di dalam Senarai B yang memerlukan syarat khusus tambahan iaitu:

  1. kedai Aiskrim
  2. Kedai Kawalan Serangga(jual sahaja)
  3. Kedai Runcit / Pasar Mini
  4. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  5. Restoran / Kedai Makan
  6. Tadika / Taska
  7. Hotel Bajet / Rumah Tumpangan

Carta aliran Proses Pengeluaran Lesen Serta-merta

Berikut merupakan carta alir bagi proses permohonan lesen serta-merta yang digunapakai diseluruh PBT yang terdapat di Selangor.

carta alir permohonan lesen mdks

Carta Alir Permohonan Lesen Perniagaan Restoran MDKS – Sumber:Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Serta-Merta.pdf

Bagi kelulusan untuk lesen yang mempunyai syarat khusus seperti di senarai B, Tambahan pemeriksaan keatas borang akan dilakukan oleh penolong pegawai kesihatan persekitaran.

Oleh kerana lesen restoran termasuk di dalam Senarai B, maka tambahan proses diperlukan seperti di bawah ini.

Carta Alir Pemeriksaan Lesen Tambahan Senarai B

Carta Alir Pemeriksaan Lesen Tambahan Senarai B – Sumber:Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Serta-Merta.pdf

Syarat-Syarat Kelulusan Serta Merta

Umumnya terdapat 2(dua) syarat yang wajib dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan serta merta iaitu syarat-syarat Am dan Syarat Khas bagi lesen restoran/premis makanan.

Syarat-syarat Am kelulusan serta merta

1) Keselamatan

  • Menyediakan peti rawatan perubatan kecemasan yang lengkap dan sempurna.
  • Mengadakan Alat Pemadam Api yang sesuai dan mencukupi yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  • Pencahayaan dan pengudaraan hendaklah mencukupi di dalam premis.
  • Stor dan tangga serta pintu kecemasan hendaklah diselenggara dengan baik.
  • Di larang membuat sebarang kerja atau meletakkan barang-barang di atas kawasan awam seperti kakilima, lorong , jalan, siarkaki, longkang dan pintu keluar/masuk kecuali dengan kebenaran Majlis.

2) Kebersihan

  • Premis hendaklah mempunyai sistem bekalan air, elektrik dan pembentungan yang sempurna, berkeadaan baik dan selamat.
  • Mempamerkan papan tanda `Dilarang Merokok’ dan `Menjaga Kebersihan’.
  • Seluruh premis di kawasan dalam dan luar hendaklah sentiasa bersih, berkeadaan baik, bebas daripada serangga dan rodensia atau haiwan pemeliharaan dan kacauganggu.
  • Tandas dan bilik air hendaklah sentiasa baik dan bersih.
  • Saliran air kumbahan hendaklah disalirkan ke sistem pembentungan.

3) Pembuangan Sampah

  • Premis hendaklah mempunyai tong sampah bertudung yang sempurna dan mencukupi serta berkeadaan bersih dan baik.
  •  Penggunaan karung plastik adalah diwajibkan.

4) Lain-lain

  • Dilarang menjalankan aktiviti atau pekerjaan lain di premis tanpa lesen atau kebenaran Majlis.
  • Pada hari-hari Kebesaran Negeri dan Kebangsaan, bendera Negeri Selangor dan bendera Malaysia hendaklah dikibarkan.
  • Pemegang lesen digalakkan mempamerkan gambar-gambar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dan DYMM Sultan Selangor.

Syarat-syarat Khas kelulusan serta merta

1) Pengendali Makanan

  • Semua Pengendali Makanan hendaklah mendapatkan pemeriksaan Pegawai Perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
  • Semua pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Semua Pengendali Makanan diwajibkan memakai apron yang berwana cerah dan penutup kepala yang bersih.
  • Semua Pengendali Makanan dilarang :
    i. Berkuku panjang dan kotor
    ii Merokok semasa mengendali makanan.
    iii. Memakai selipar dan sandal
    iv. Menyentuh dan mengambil makanan yang dimasak dengan tangan . (Hendaklah menggunakan sarung tangan & peralatan yang sesuai)

2) Ruang Makan

  • Lantai ruang makan hendaklah pasang dengan jubin yang sempurna dan jubin dinding hendaklah sekurang-kurangnya 1.5.meter dari lantai.
  • Menyediakan sinki dan bahan pencuci tangan yangmencukupi untuk kemudahan pelanggan.

3) Ruang Dapur

  • Menyediakan tempat penyediaan makanan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Mengadakan peti atau bilik sejuk bersuhu darjah yang sesuai (Chiller – 0°C hingga 4°C dan Freezer – 0°C hingga 18°C). Makanan mentah atau yang belum dimasak hendaklah diletakkan berasingan daripada makanan yang telah dimasak. (Makanan masak diruang atas dan makanan mentah di ruang bawah peti sejuk).
  • Mengadakan cerobong asap dan/atau kipas hawa panas di tempat-tempat memasak makanan.
  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih. Dilarang meletakkan barang makanan di ats lantai.
  • Mengadakan perangkap minyak atau lemak di sinki dan tempat membasuh peralatan penyediaan makanan.
  • Dinding dan lantai dapur, tempat penyediaan makanan hendaklah dipasang dengan jubin yang sempurna sehingga siling dapur.
  • Menyediakan sinki (sekurang-kurangnya 2 unit ) untuk mencuci peralatan penyediaan makanan . Dilarang sama sekali mencuci peralatan penyediaan makanan di atas lantai.
  • Tandas hendaklah disudahi dengan jubin dan sentiasa bersih serta menyediakan bahan pencuci yang mencukupi dan sesuai.

4) Stor Penyimpanan

  • Semua barang-barang atau peralatan dan bahan-bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna yang diperbuat daripada kayu, keluli, jubin, kaca dan sebagainya. Di larang meletak makanan di atas lantai.

5) Lain-lain

  • Makanan yang telah dimasak hendaklah sentiasa bertutup dan bebas dari hurungan serangga seperti lalat dan lipas.
  • Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan ridensia serta haiwan peliharaan

Syarat yang disebutkan di atas adalah syarat khusus yang wajib dipatuhi bagi kelulusan lesen serta-merta. Namu begitu, terdapat lagi tambahan yang dipanggil syarat khas yang di reka oleh PBT bagi keperluan setempat. Syarat ini berlainan mengikut PBT namun perbezaannya tidak begitu ketara di antara satu sama lain. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarat khas, sila ikut pautan yang disediakan di bawah mengikut PBT Selangor.

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Selayang, MPS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Sepang, MPSpg

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Hulu Selangor, MDHS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Langat, MDKL

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Sabak Bernam, MDSB

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Daerah Kuala Selangor, MDKS

Syarat-syarat Khas Lesen Premis Makanan Majlis Perbandaran Kelang, MPK

Borang Permohonan Lesen Serta-merta

Borang Permohonan lesen serta-merta boleh didapati secara percuma di kaunter pejabat PBT yang berkenaan. Sila pastikan dokumen sokongan dibawa bersama dan ikuti panduan mengisi borang permohonan lesen premis perniagaan kelulusan serta-merta.

Syarat-Syarat Khas Lesen Restoran Dan Premis Makanan Majlis Perbandaran Selayang, MPS

Lesen restoran Majlis Perbandaran Selayang

Dalam memohon lesen serta-merta, syarat am dan syarat khas WAIJB di patuhi. Sebagai tambahan kepada syarat tersebut, Majlis Perbandaran Selayang telah menambah beberapa syarat khusus bagi pemohon yang ingin memohon lesen restoran / premis makanan di daerah penguasaan MPS.

Syarat Khas Lesen Restoran / Kedai Makanan MPS

LESEN

1. Lesen yang diluluskan tidak boleh dipinah milik tanpa kelulusan dan hendaklah dipamerkan setiap masa di premis yang diluluskan.
2. Lesen ini boleh dibatalkan tanpa sebarang notis oleh Majlis Perbandaran Selayang.

KEBERSIHAN

1. Kebersihan hendaklah dijaga selalu dan sebarang tumpahan cecair hendaklah disapu bersih.
2. Tong sampah yang sesuai hendaklah digunakan
3. Tandas dan bilik air hendaklah bersih

KESELAMATAN

1. Pencahayaan dan ganti udara hendaklah cukup.
2. Alat pencegahan kebakaran hendaklah disediakan
3. Setor dan tangga serta pintu kecemasan hendaklah diselenggara dengan baik.
4. Sila pasang notis “DILARANG MEROKOK” , di kawasan setor dan ruang makan berhawa dingin.

 PEMBUANGAN SAMPAH/SISA PEPEJAL

1. Sampah dan bahan sisa pepejal kilang hendaklah dibuang ke tempat yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Selayang.
2. Penyaliran bahan buangan ke tempat awam adalah dilarang dan hendaklah diselenggara dengan baik.

KAWALAN PENCEMARAN BAU/BUNYI/HABUK/ASAP

1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dimaklumkan oleh agensi yang berkaitan seperti Jabatan BOMBA/ Jabatan Kilang dan Jentera/ Jabatan Alam Sekitar atau mana-mana Jabatan yang berkaitan.

LAIN-LAIN

1. Pemegang lesen hendaklah mempamerkan gambar-gambar Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung dan Permaisuri Agung dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Selangor.
2. Pada hari-hari Kebesaran Negeri dan Kebangsaan, bendera Negeri Selangor dan Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan.
3. Lain-lain syarat dalam kad lesen.

Penalti

Kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh dikenakan denda RM 2000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan RM200.00 setiap hari kesalahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Majlis Perbandaran Selayang, sila lawati www.mps.gov.my

33 Kesalahan Pengendali Makanan Penyebab Restoran Tutup 14 Hari

pegawai kesihatan

Pegawai Kesihatan Memeriksa Restoran Di Pahang – Kredit sinarharian.com.my

Kes Keracunan Makanan Di Malaysia

Dalam mengaut keuntungan menjalankan perniagaan makanan, kebanyakan daripada pengusaha cuai dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan premis makanan menyebabkan kejadian keracunan makanan. Kajian mendapati bahawa keracunan makanan adalah merupakan kesalahan pengendali makanan.

Ini boleh menyebabkan pengguna memakan makanan yang mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin yang akan bertindakbalas atau mengganggu sistem penghadaman. Di samping itu keracunan makanan juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan atau penggunaannya yang melebihi had yang dibenarkan.

Bahan pengawet yang tidak dapat pengesahan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek seperti menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah. Manakala kesan jangkamasa panjang pula boleh menjadi faktor penyumbang kepada kejadian kecacatan atau barah.

Mee Tikus Korban 13 Nyawa

Sebagai contoh, kes keracunan disebabkan oleh Loh Si Fan atau Mee Tikus telah mengorbankan seramai 13 orang yang berlaku pada 15 Oktober 1989 di Kampar, Teluk Intan, Tanjung Tualang dan Batu Gajah Perak. Kejadian ini berpunca akibat kecuaian oleh pengeluar makanan tersebut.

Pengendali Makanan Punca Utama Penyebab Keracunan Makanan

Pemeriksaan premis makanan oleh pihak berwajib menunjukkan bahawa ramai pengendali makanan tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Ming, daripada dua juta pengusaha makanan, hanya seramai 108,400 (5.4%) telah menjalani latihan dalam program keselamatan makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1996 (New Straits Times, 2002). Unit Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan telah menutup premis makanan sebanyak 2,630 pada tahun 2000 dan anggaran 2,000 pada tahun 2001 atas pelbagai kesalahan (New Straits Times, 2002).

Pengendali-pengendali makanan merupakan satu sumber utama yang menyebabkan kejadian keracunan makanan. Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami demam, mengidap cirit-birit, batuk dan kudis boleh memindahkan penyakit secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui udara dan sentuhan.

Masalah keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan boleh diatasi dengan mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau kebersihan makanan dan sanitasi, pengusaha-pengusaha makanan dan pengguna.

Arahan Penutupan Premis 14 Hari

arahan pentupan premis 14 hari

Arahan penutupan premis dikeluarkan oleh MBPJ

Arahan penutupan premis selama 14 hari adalah disebabkan pegawai yang memeriksa premis tersebut mendapati bahawa restoran tersebut tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti syarat khusus restoran dan undang-undang kebersihan makanan. Ia dilakukan oleh pegawai PBT berdasarkan pilihan secara rawak atau berdasarkan aduan orang awam mengenai kualiti perkhidmatan sesuatu restoran.

Antara Kesalahan Pengendali Makanan Mesti Di Hindari

Terdapat banyak kesalahan pengendali makanan yang boleh menyebabkan arahan penutupan restoran dikeluarkan, antaranya ialah:

1) Lesen Perniagaan Yang Sah Dari Pihak Berkuasa Tempatan

Perniagaan yang didapati beroperasi tanpa mendapat lesen yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tindakan kompaun akan dikenakan bergantung kepada nilai yang ditetapkan oleh PBT daerah operasi premis anda tanpa sebarang notis.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khas di Malaysia ialah satu badan khas yang diberi peranan mentadbir satu kawasan khas sebagai kerajaan tempatan.

Sekiranya anda berada di Ipoh, Perak maka anda perlu berurusan dengan MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

2) Semua Pengendali Makanan Hendaklah Mendapatkan Suntikan TY2 / Suntikan Typhoid

Suntikan typhoid mestilah diambil bagi semua pengendali makanan setiap 3 tahun dan wajib menyimpan bukti seperti kad suntikan atau surat pengensahan doktor. Suntikan Typhoid boleh didapati di klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan boleh disemak di SINI

3) Semua Pengendali Makanan Hendaklah Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.

Kursus Pengendalian Makanan wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan sekali seumur hidup dan perlu mengulang semula sekiranya didapati tidak mengamalkan amalan yang diajarkan didalam kursus. Sijil pengendali makanan boleh didapati dengan menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan di seluruh Malaysia. Lokasi SLPM boleh di dapati di SINI

4) Tandas Hendaklah Sentiasa Dalam Keadaan Bersih

Sabun disediakan secukupnya.

Pastikan jamban tidak tersumbat. Sekiranya terdapat kerosakan, pastikan di letakkan papan tanda sementara agar pengunjung sedia maklum dan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kerosakan tersebut.

Pastikan dilekatkan poster atau perekat 7 Langkah Basuh Tangan yang boleh diperolehi di PBT daerah dengan percuma.

5) Tong sampah Hendaklah Disediakan Dengan Bilangan Yang Mencukupi Dan Sentiasa Dalam Keadaan Bertutup

Tong sampah mecukupi, sesuai , mempunyai beg karung dan penutup yang sempurna.

Tong sampah berkeadaan bersih. Semua sisa makanan dimasukkan ke dalam karung (pelupusan  di luar premis) Langkah-langkah kawalan terhadap Lilati (Lipas/Lalat/Tikus) diambil mencegah kehadirannya akibat dari pelupusan sampah/sisa makanan yang tidak sempurna

Amalan Baik Pengendali Makanan Menjamin Keselamatan Makanan

Makanan adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia. Seringkali kita didedahkan oleh media masa yang memaparkan kejadian kes-kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah, restoran dan kenduri. Oleh itu, diharapkan agar maklumat mengenai garis panduan kebersihan premis makanan dan restoran ini dapat membantu pelbagai pihak terutama pengendali makanan dan pengguna semasa mereka mengendalikan makanan atau membeli makanan di luar.

Adalah diharapkan agar pengusaha dan pengendali makanan mempunyai rasa tanggungjawap sosial kepada pengguna semasa menyediakan makanan bagi megelakkan daripada kejadian keracunan makanan.

Agensi yang bertanggungjawap seperti Bahagian Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis-Majlis Perbandaran mempunyai pelbagai kaedah tersendiri untuk memantau tahap kebersihan makanan dan sanitasi di premis menjual makanan dan restoran. Namun begitu, adalah mustahil bagi mereka untuk memantau keseluruhan rasetoran yang beribu jumlahnya di Malaysia ini. Oleh itu, kesedaran pengusaha restoran adalah amat penting bagi meningkatkan mutu kebersihan makanan di Malaysia.

Akhirnya, dengan kerjasama yang baik diantara agensi yang bertanggungjawab, pengusaha dan pengendali makanan dan pengguna diharapkan dapat mengatasi masalah keracunan makanan atau penyakit bawaan makanan demi kesejahteraan negara dan menyahut misi negara iaitu menuju kepada status Negara Maju dan Wawasan 2020.

 ……. Bukankah tajuk topik ini menyatakan 33? kenapa hanya 5??

AHA, untuk mengetahui keseluruhan 33 Kesalahan Pengendali Makanan ini, sila dapatkan ebook yang dikarang khusus buat pengunjung laman ini. Ia diberi percuma terhad kepada 1,000 unit sahaja sebelum dijual pada harga RM 47.00.

2-TUTUP-14-HARI_ver2

Dapatkan Segera!