Monthly Archives: November 2014

7 Panduan Pengendalian Daging Ayam Dengan Selamat

Tragedi Maut Ayam Masak Merah

MENINGGAL MAKAN AYAM MASAK MERAH KENDURI

Sumber: KOSMO!

SUNGAI PETANI – Kegembiraan kira-kira 2,000 tetamu menghadiri satu majlis kenduri kahwin bertukar tragedi apabila tiga daripadanya maut manakala lebih 60 lagi terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas disyaki menjamah juadah ayam masak merah. 

Kejadian di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu itu mengorbankan nelayan, Ibrahim Mohamad, 62, penuntut Universiti Islam Antarabangsa, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir, Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11.

Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Nurshazana maut di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd. Nor Rahmat pula di Hospital Yan di sini pada pukul 1 petang.

Setakat malam tadi, 59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dekat sini dan HSAH.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! 1 Oktober 2013.

Tragedi yang terjadi ini sangat menyedihkan kerana telah meragut 6 nyawa dan melibatkan 2000 orang tetamu yang pastinya terkena juga kesan keracunan makanan itu. Anggaplah ini sebagai pengajaran kepada kita kerana disebabkan kes-kes sebeginilah yang membuatkan masyarakat kita membuka mata tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif agar pengendalian dan kebersihan persekitaran di dalam tempat memasak mereka dipastikan sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu. Pengusaha dan peniaga makanan tidak boleh hanya memandang kepada keuntungan semata, tetapi perlu juga menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan.

Pemilihan bahan mentah merupakan fasa yang kritikal dalam penyediaan makanan kerana sekiranya bahan mentah seperti daging ayam yang dimasak sudah rosak dan berbau, ia tidak selamat untuk dimakan lagi dan harus dibuang segera. Sekiranya daging yang sedemikian digunakan untuk memasak, maka akan terjadilah kes-kes seperti yang keracunan makanan yang membawa kepada maut seperti yang terjadi di Kedah.

Panduan Pengendalian Daging Ayam Dengan Selamat

Berikut merupakan 7 Panduan Pengendalian Daging Ayam Dengan Selamat yang sekiranya diamalkan akan dijamin dapat mengelakkan kesan keracunan makanan.

1) Pemilihan Daging Ayam

Pemilihan Daging Ayam Segar

Memilih ayam segar di pasaraya harus dilakukan dengan teliti kerana jika diambil ringan maka kebarangkalian untuk terbeli ayam yang tidak segar dan rosak akan menjadi lebih tinggi. Berikut merupakn panduan pemilihan daging ayam segar:

  • Isi daging ayam mestilah masih pejal dan anjal
  • Permukaan daging ayam mestilah tidak berlendir
  • Tiada perubahan warna daging seperti kehijauan dan lebam (kebiruan)
  • Daging ayam segar tidak mempunyai bau busuk seperti bau bangkai
  • Kulit ayam berwarna cerah kemerahan dan kelihatan segar
  • Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.

2) Pembersihan daging ayam

membersihkan daging ayam

  • Potong daging ayam mengikut saiz yang dikehendaki
  • Cuci dan bersihkan daging ayam dengan air bersih yang mengalir seperti air paip.
  • Pastikan bekas dan peralatan yang digunakan juga dalam keadaan bersih sebelum digunakan.

3) Penyimpanan

penyimpanan daging ayam

  • Sebaiknya daging ayam yang telah siap dicuci dimasak segera kerana dagingnya mudah rosak dan busuk
  • Sekiranya ia ingin dimasak dalam tempoh masa 2-3hari, ia boleh diletakkan di ruangan dingin.
  • Jika perlu disimpan lama, pastikan daging ayam tersebut disimpan di bahagian sejuk beku.
  • Sekiranya terjadi bekalan elektrik terputus, pastikan ayam tersebut dimasak dengan segera.

 4) Penyahbekuan

Penyahbekuan

Pastikan daging ayam yang sejuk beku dinyahbekukan (defrost) dahulu sebelum dimasak. Terdapat 3 cara untk melakukan penyahbekuan iaitu:

  • Rendam dalam bekas bersih di bawah air paip yang mengalir berterusan sehingga ketulan ayam tersebut berpisah sesama dan menjadi lembut.
  • Gunakan ketuhar gelombang mikro (microwave oven)
  • Letak di bahagian pendingin (chiller) dalam peti sejuk.

5) Memasak

memasak daging ayam

Pastikan ayam dimasak sempurna dengan memerhatikan perkara berikut:

  • Tiada kesan darah pada tulang dan isi ayam. sekiranya masih terdapat kesan darah pada daging ayam tersebut makan ia belum dimasak sempurna. ini mungkin disebabkan oleh penyahbekuan yang tidak sempurna kerana darah lambat kering.
  • Jika direbus, pastikan air rebusannya berwarna jernih dan bukannya merah jambu.

 6) menghidang

Penghidangan

  • Pastikan hidangan yang telah dimasak ditutup rapi dan tidak terdedah kepada serangga dan lalat.
  • Sekiranya dihidang panas, pastikan ia sentiasa panas
  • Jangan letakkan bersama daging ayam yang telah dimasak dengan yang belum dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang.
  • Jangan simpan daging ayam yang telah dimasak pada suhu bilik melebihi 2 jam
  • Jika perlu, panaskan semula hidangan sebelum dihidangkan semula.

 7) Lihat, Hidu, Rasa

Lihat Hidu dan rasaDeria manusia merupakan system taerbaik yang dianugerahkan kepada kita oleh tuhan, jadi gunakan ia sebagai pertahanan terakhir bagi mengelakkan dari termakan makanan yang tidak selamat.

  • LIHAT – passtikan makanan tidak berubah warna, tidak berlendir, tidak berbuih dan tiada rambut/kulat/serangga/bendasing
  • HIDU – Elakkan dari memakan makanan yyang berbau basi atau busuk
  • RASA – Rasa sedikit makanan tersebut, jangan makan sekiranya didapati basi.

‘seluar dalam’ rahsia cendol buatan bangla

Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

cendol

Seluar dalam rahsia cendol buatan bangla

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

cendol bangla jijik

JIJIK! Tempat pembuatan Cendol – Besen juga digunakan untuk merendam seluar dalam peribadi

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

Sumber: Harian Metro

Walaupun telah banyak kempen kebersihan makanan telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, namun masih ramai peniaga yang berdegil untuk tidak mengikuti peraturan-peraturan kebersihan makanan yang telah ditetapkann. Sebagai pengeluar produk makanan, adalah merupakan kewajipan untuk mengambil suntikan typhoid dan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan agar mereka faham akan cara untuk mengendalikan makanan dan menjaga kebersihan ruang memproses makanan.

Meraikan Hari Cuci Tangan Sedunia 2014

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang cuba kita terapkan kepada anak-anak pada Hari cuci tangan sedunia 2014 dimana pendedahan dan kepentingan menjaga kebersihan terutama tangan diberi sejak mereka dibangku sekolah lagi. Sebegitu pentingnya mencuci tangan ini sehingga satu dunia bersepakat untuk mengadakan hari khusus bagi membudayakan amalan mencuci tangan ini.

Di dalam duina kanak-kanak, watak wira atau ‘super heroes’ yang menonjol sangat memberi kesan kepada pemikiran mereka samada negatif atau positif. kanak-akanak lebih cenderung untuk mengikuti arahan atau cara yang digunakan oleh karakter idola mereka kerana mereka sangat mengagumi karakter tersebut.

Oleh itu, bagi menjayakan objektif tersebut di Malaysia, sambutan Hari Mencuci Tangan Sedunia pada 15 Okt, Kementerian Kesihatan dan pengeluar barangan pengguna Unilever Malaysia mengundang BoBoiBoy, watak utama dalam siri animasi televisyen popular, serta rakan-rakannya Yaya, Ying dan Gopal ke Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, di sini.

Hari mencuci tangan sedunia 2014

Ia adalah bukan sahaja untuk berkongsi keseronokan dengan telatah mereka yang mencuit hati, akan tetapi juga untuk  menunjukkan kepada mereka betapa pentingnya mengamalkan kebersihan diri dengan amalan mencuci tangan.

Lagu popular dari negara Korea iaitu ‘Gwiyomi’ yang menjadi siulan anak-anak digubah dalam bahasa melayu digunakan bagi menceria dan menghidupkan acara.

Lagu yang dipopularkan seorang penyanyi wanita dari Korea Selatan, Jeong Sung-kyung itu diubah suai menjadi lagu latar acara dengan liriknya mudah diingati kanak-kanak dengan antara bait seperti “cuci tangan kita sebelum makan”.

Namun begitu disebalik pendedahan dan kempen yang dijalankan, masih terdapat ramai yang mengambil ringan aspek kebersihan diri apatah lagi mencuci tangan dengan betul.

MEMBUDAYAKAN AMALAN MENCUCI TANGAN

Adalah menjadi objektif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendidik dan memupuk tabiat membasuh tangan dengan betul di kalangan masyarakat sejak dari peringkat kanak-kanak.

Abdul Jabar Ahmad yang merupakan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan  menyifatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mencuci tangan secara betul semakin meningkat sejajar dengan pendedahan yang meluas dalam kempen dan iklan di media.

“Mencuci tangan adalah cara paling terbaik untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dengan mencuci tangan melalui cara yang betul kuman atau virus tidak akan merebak.

“Oleh sebab itu kita sentiasa mengalakkan orang ramai supaya (mencuci tangan dengan betul) sebagai satu budaya atau amalan harian pada setiap masa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Mencuci Tangan Sedunia anjuran Lifebuoy baru-baru ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 15 Okt sebagai hari Mencuci Tangan Sedunia pada 2008 sempena dengan tahun Saintasi Antarabangsa 2008.

Hari Mencuci Tangan menjadi satu kempen sedunia untuk mengukuhkan amalan kebersihan diri dengan matlamat utamanya untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kebersihan diri.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesedaran itu perlu diterjemahkan kepada tindakan kerana tidak menjadi alasan bagi seseorang individu itu untuk tidak membasuh tangan dengan cara yang betul.

Abdul Jabar berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kebersihan diri sebagai budaya yang perlu dicontohi oleh semua pihak.

“Walaupun kita mengadakan pelbagai program kesihatan di sekolah namun kerjasama daripada pelbagai pihak amat penting kerana sekiranya ada yang tidak menyokong atau gagal melaksanakannya ia memberi kesan negatif kepada individu lain,” katanya.

DIDIKAN KEPADA KANAK-KANAK

Pengarah Penjagaan Diri Unilever Malaysia Ashlee Ng berkata kempen ini merupakan tanggungjawab sosial untuk memberi sokongan kepada negara dalam mencapai kehidupan dan persekitaran hidup lebih sihat serta mengamalkan tabiat kebersihan diri dengan betul.

“Kita meraikan Hari Mencuci Tangan bersama lebih 200 juta orang dari lebih 100 buah negara dan ini berupaya menjana masyarakat agar lebih sihat dan berupaya menyelamatkan nyawa melalui kaedah mudah iaitu dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan menggunakan cecair pencuci tangan,” katanya.

Bagi mendidik kanak-kanak mencuci tangan dengan betul, Ashlee berkata kad catatan akan diagihkan kepada para pelajar untuk merekodkan tabiat membasuh tangan yang akan dimulakan dengan rejim 21/5 yang bermaksud lima waktu berlainan setiap hari selama 21 hari.

“Insiatif ini juga akan dibuka kepada orang ramai melalui pusat pembelajaran kami bersama Kidzania yang memberi peluang kepada untuk mengalami pengalaman bersama Lifebuoy secara menyeluruh dan menerapkan budaya sihat dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dengan pendedahan kepada kanak-kanak disekolah, ia juga secara tidak langsung mendidik dan membuka minda ibu bapa yang hadir tentang pentingnya penjagaan kesihatan yang bermula dengan langkah yang cukup mudah iaitu hanya mencuci tangan dengan betul. Diharapkan dengan kempen yang berterusan setiap tahun juga akan melahirkan generasi baru yang akan membudayakan amalan mencuci tangan ini.