Monthly Archives: September 2014

Penyebab dan cara mengelakkan keracunan makanan

Apakah yang dimaksudkan dengan keracunan makanan?

Keracunan makanan

Sumber – Sinar Harian


Keracunan makanan merupakan satu serangan  pada gastrousus akibat daripada pegambilan makanan yang telah dicemari oleh bakteria, patogen atau bahan kimia. Antara keracunan makanan yang biasa berlaku ialah akibat jangkitan bakteria salmonella, staphylococcus aureus, clostridium welchi, clostridium batulium dan keracunan kimia.

Bagaimana Makanan boleh tercemar?

Makanan boleh dicemari apabila keadaan-keaadan ini terjadi:

  • Apabila Menggunakan bahan mentah yang tercemar dengan kuman
  • Apabila menyediakan makanan dengan cara yang kotor.
  • Menggunakan peralatan yang tidak bersih
  • Apabila menghidangkan makanan dengan cara yang tidak bersih
  • Apabila menyimpan makanan tidak mengikuti cara-cara yang selamat

Apakah tanda atau gejala keracunan makanan?

Seseorang itu menghadapi masalah keracunan makanan apabila tanda-tanda atau gejala tersebut dikesan:

  • Loya dan Muntah
  • Memulas dan sakit perut
  • Cirit-birit
  • Terasa sakit di bahagian perut
Maut Keracunan Makanan

Maut Keracunan Makanan – Sumber Kosmo

Pesakit keracunan makanan biasanya akan mengalami tanda-tanda tersebut dalam masa 2-72 jam selepas makan atau minum. ini adalah kera ia tergantung kepada tahap pencemaran makanan atau minuman yang diambil dan juga tahap daya tahan tubuh seseorang. Tempoh sakit bagi pesakit keracunan makanan boleh menjangkau beberapa jam malahan berhari-hari.

Langkah pencegahan keracunan makanan.

  1.  Menggunakan deria
  • Deria Penglihatan – Apabila sesuatu makanan kelihatan berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna dah telah tamat tarikh luput, makan makanan tersebut sudah tercemar.
  • Deria Bau –  Apabila bau yang terdapat pada makanan itu tidak menyenangkan dan tidak berbau seperti bau lazim makanan tersebut, kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dan adalah lebih baik makanan tersebut dibuangkan sahaja.
  • Deria Rasa – Sekiranya sesuatu makanan tersebut kelihatan masih baik dan bau juga baik, periksa pula rasa makanan tersebut. sekiranya terdapat rasa yang kurang enak, hentikan makan makanan tersebut dan buang makanan tersebut.

PASTIKAN kerosakan makanan ini dilaporkan kepada tukang masak bagi mengelakkan orang lain terkena keracunan makanan.

2.  Memilih makanan

  • Pilih makanan yang masih panas dan segar.
  • Pilih makanan yang tidak berbau masam dan busuk.
  • Pilih makanan yang tidak terdedah, ini adalah bagi mengurangkan keberangkalian ia dihinggapi lalat atau serangga lain.
  • Pilih makanan yang tidak berlendir
  • Pilih makanan yang dikendalikan dengan peralatan yang bersih.
  • Pilih makanan yang kelihatan masih elok dari segi warna
  • Pastikan memilih makanan yang dibungkus dengan pembungkus yang bersih.

3.  Cuci tangan dengan bersih

Amalkan teknik basuhan tangan yang betul dalam keadaan tersebut:

  • Sebelum memegang makanan
  • Selepas keluar dari tandas
  • Selepas bermain
  • Selepas memegang kotoran atau barang tercemar
  • Selepas memegang haiwan

Pendaftaran Premis Makanan Secara Online

Borang Pendaftaran Premis makanan dan restoran

Pendaftaran Premis Makanan Adalah Wajib Bermula 1 January 2014

Mengapa premis makanan perlu di daftarkan?

Mengikut peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009, semua premis makanan wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .

Apakah yang dimaksudkan dengan premis makanan?

Definisi bagi premis makanan ialah premis yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran, penjualan, pelabelan semula, pemprosesan semula, pembaikan semula semua produk makanan serta yang berkaitan dengan makanan.

Terdapat beberapa kategori premis makanan yang perlu didaftarkan seperti:

  • Premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • Premis makanan yang terlibat dalam katering makanan besar-besaran dan tidak beroperasi di rumah
  • Premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan.
  • Semua kenderaan yang makanan sedia dimakan dijual.

Cara mendaftar premis makanan

Pendaftaran premis makanan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pendaftaran Premis Makanan ( BORANG KKM-PPKM-1/09). Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Memohon secara ONLINE DI SINI; atau
  2. Memuaturun borang tersebut di  laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan; atau
  3. Ambil borang di Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat dengan tempat premis beroperasi; atau
  4. Memohon secara online di laman FOSIM

 Berapa lama tempoh sah laku pendaftaran?

Setiap permohonan yang lulus sah laku selama tempoh 3 tahun.

Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran.

Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh tamat pendaftaran.

Perakuan Pendaftaran Premis

Setiap premis makanan yang telah berjaya didaftarkan akan menerima sijil perakuan yang akan di pos dan hendaklah mempamerkan Perakuan Pendaftaran Premis tersebut di premis.

Sabit kesalahan

Kegagalan mendaftar premis makanan adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM 10,000) Atau dipenjara tidak melebihi tempoh 2 tahun.

Bantuan dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran premis makanan boleh diajukan melalui talian 03-88833558. Sebelum itu, sila baca dahulu soalan lazim pendaftaran premis makanan yang sering ditanyakan sebelum anda menelefon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kenali Bakteria Salmonella

Apakah itu Salmonella?

SalmonellaSalmonella merupakan sejenis bakteria jahat yang terkadang hadir di dalam bekalan makanan termasuk ayam, tomato, guacamole, kacang tanah dan juga terdapat di dalam makanan haiwan. Habitat yang subur bagi bakteria jahat ini ialah didalam usus haiwan dan manusia yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Sekiranya terkena penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella ini, risiko nya mungkin membawa kepada kematian. Namun begitu, kita boleh melindungi diri kita dari terkena jangkitan dari bakteria jahat ini dengan amalan kebersihan.

Di manakah Bakteria Salmonella boleh didapati?

Telur separuh masakBakteria Salmonella boleh didapati dari sumber makanan yang berasal dari haiwan seperti daging, susu, ayam, produk tenusu, telur dan makanan laut juga beberapa jenis sayur dan buah-buahan. Oleh kerana itu, kita tidak digalakkan untuk memakan makanan yang separa masak atau tidak dimasak sepenuhnya. Amalan memakan telur separuh masak yang sering menjadi menu sarapan di Restoran mamak dan Kopitiam di Malaysia merupakan makanan yang kurang elok kerana kebarangkalian untuk terdapat bakteria Salmonella adalah tinggi dan ini dikhuatiri akan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.

Memasak dan Membasuh boleh membasmi Salmonella?

Masak yang sempurna boleh membunuh Bakteria Salmonella. Walaupun membilas dan membasuh buah merupakan amalan baik sebelum makan, namun ia tidak akan mampu membasmi Salmonella terutama semasa wabak. Sekiranya terdapat amaran dari Kementerian kesihatan untuk tidak memakan sesuatu makanan yang berpotensi tercemar, makan adalah lebih baik untuk tidak makan makanan tersebut sama ada dimasak atau tidak.

Tips Keselamatan Makanan

Food & Drugs Association (FDA) mengesyorkan amalan-amalan ini untuk semua buah- buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan keracunan makanan:

  • Cuci tangan dengan betul iaitu menggunakan sabun dan air suam sebelum dan selepas mengendali.
  • Basuh sayuran dan buah dengan teliti di bawah air yang mengalir, bukan dalam tab atau tenggelam.
  • Gunakan papan pemotong bersih dan perkakas dapur. Jangan biarkan menghasilkan bersentuhan dengan makanan mentah atau permukaan yang telah disentuh bagi mengelakkan pencemaran silang terjadi.

Bakteria Salmonella bukan dari sumber makanan.

Bakteria bukan sahaja boleh berjangkit melalui makanan yang dimakan, malah ia juga boleh dijangkiti dari sumber yang bukan makanan. Haiwan peliharaan mengandungi bakteria salmonella di dalam usus mereka dan ini berpotensi untuk berjangkit kepada anda.Sebagai langkah keselamatan, pastikan tangan dibasuh dengan betul selepas tersentuh mana-mana haiwan atau najis mereka.

Gejala dan Rawatan Salmonella

Gejala yang dipanggil gejala salmonellosis termasuk kekejangan perut, demam yang terjadi dalam waktu 12-72 jam selepas makan dan cirit-birit. Kebiasaannya orang yang menghidap sakit ini akan pulih dalam masa empat hingga tujuh hari dan tidak memerlukan rawatan lain sel

keracunan makanan

Keracunan makanan akibat jangkitan bakteria Salmonella