Monthly Archives: June 2014

Pensijilan Halal Malaysia dan JAKIM

Sejarah Pensijilan Halal Di Malaysia

Pensijilan Halal MalaysiaHalal adalah merupakan faktor yang penting bagi umat Islam dalam pemilihan makanan dan adalah wajib bagi umat Islam untuk hanya makan makanan yang bukan sahaja bersumberkan halal, tapi ia juga baik dan bersih. Itulah konsep yang diketengahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam yang disebut Halalan Toyyiba.

Pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di Malaysia telah bermula sejak tahun 1974 oleh JAKIM apabila Pusat Penyelidikan Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak piawaian syarak. Namun begitu, pengesahan halal mula diberikan dalam bentuk sijil hanya pada tahun 1994 beserta logo halal dan mulai 30 September 1998, pemeriksaan halal dilaksanakan oleh syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan dalam mengurus isu-isu berkenaan pensijilan halal.

Pada tahun 2002, urusan pensijilan halal tidak lagi diuruskan oleh syarikat ilham Daya sebaliknya semua urusan pensijilan halal diuruskan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang bermula dengan hanya 28 jawatan. Namun begitu, pada tahun 2005, seiring dengan perkembangan sektor makanan dan keperluan umat masa kini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan sebanyak 165 penjawatan pelbagai gred di bawah Bahagian hub Halal.

Selama lebih kurang setahun, pengurusan pensijilan halal diserahkan kepada Halal Development Coorporation (HDC) iaitu pada tahun 2008, namun tugasan tersebut telah diambil semula oleh JAKIM pada 8 Julai 2009. Persijilan halal ini juga merupakan langkah awal negara dalam rangka menguasai pasaran makanan halal dunia yang kini dikuasai empat negara bukan Islam iaitu China, Thailand, Australia dan Brazil.

Kepentingan pengiktirafan halal

Pengiktirafan Halal JAKIM bukan hanya sekadar Sijil dan logo halal, ia memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk halal berikut mematuhi hukum syarak dan juga memberi impak yang cukup besar kepada pengusaha makanan halal dan sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Halal merupakan komponen yang penting dalam dunia perniagaan termasuk pasaran global dan bukan lagi sekadar keperluan dalam keagamaan. Ini terbukti apabila negara bukan Islam seperti kebanyakan negara eropah yang juga mengutamakan produk halal untuk pengguna mereka kerana aspek kualiti dan keselamatan makanan. Halal pada hari ini telah menjadi satu sistem kualiti di peringkat global yang dapat menarik bukan sahaja pelanggan muslim malah pelanggan yang bukan muslim. Ini adalah kerana piawaian yang ditekankan dalam piawaian makanan halal adalah tinggi dan ini termasuk aspek kebersihan. Jadi apabila pelanggan membeli produk yang telah mendapat pengiktirafan halal, ia juga dijamin bersih dari segi pemprosesan dan kualiti makanan tersebut.

Akta Yang bersangkutan dengan Pensijilan Halal Malaysia

Dalam pengurusan pensijilan halal oleh JAKIM/MAIN/JAIN, beberapa undang-undang dan akta berikut telah diguna pakai, iaitu:

  • Akta Perihal Dagangan 1972 dan Perintah Perihal Dagangan 1975 (sehingga 31 Disember 2011) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
  • APD 2011, Perintah Perihal Dagangan Takrifan Halal 2011 dan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011;
  • Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 berhubung pelabelan, amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Animals Rules 1962, Animals (Importation) Order 1962 berhubung penternakan haiwan dan kawalan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV);
  • Akta Kastam 1967 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 berhubung import daging halal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997- Penandaan makanan halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri;
  • Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;
  • Akta Racun 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010);
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan; dan
  • Akta Cap Dagangan 1976 oleh KPDNKK.

Pensijilan dan Logo Halal JAKIM

Sijil Halal JAKIMPada tahun 2004 Malaysia telah mengeluarkan standard Halal MS1500:2004 yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia iaitu garis panduan bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal atau peraturan asas produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan. Standard Malaysia ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia.

Standard ini digalakkan untuk digunakan bersama-sama dengan:

  • MS 1480, Food safety according to hazard analysis and critical control point (HACCP) system
  • MS 1514, General principles of food hygiene

Bermula 1 January 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM yang boleh digunakan dan diiktiraf di Malaysia. Seperti sebelum ini, terdapat banyak logo-logo yang dikeluarkan oleh syarikat swasta didapati digunapakai oleh restoran-restoran dan produk makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai 2011 dan berkuatkuasa 1 November 2011.

selepas dari terikh tersebut, bagi premis makanan, hotel atau lain-lain produk atau pengusaha yang masih menggunakan logo selain logo yang dikeluarkan oleh JAKIM, syarikat tersebut boleh dikenakan denda sebanyak RM 250,000 manakala bagi perseorangan sebanyak RM 100,000 atau tiga (3) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sijil Halal Yang diiktiraf JAKIM

JAKIM telah mengenalpasti dan mengiktiraf badan-badan halal di luar negara serata dunia. Badan-badan Halal yang diiktiraf JAKIM (updated 7th Febuary 2014) :

Australia

  1. Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia
  2. Islamic Association of Geraldton
  3. Islamic Association of Katanning Inc
  4. Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)
  5. Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA)
  6. The Perth Mosque of Western Australia Incorporated 427-429 William
  7. Australian Halal Authority & Advisers (AHAA)
  8. Al-Iman Islamic Society

Austria

  1. Islamic Information and Documentation Center

Argentina

  1. The Halal Catering Argentina San Nicolas 1061 @ The Halal Catering Argentina Halal Slaughtering & Halal Food Supervision Address: Mercedes
  2. Islamic Centre of The Argentine Republic (Centro Islamico de La Republica Argentina)

Bangladesh

  1. Islamic Foundation Bangladesh (Baitul Moqarram National Mosque)

Belgium

  1. Halal Food Council of Europe (HFCE)

Brazil

  1. Federation of Muslims Associations in Brazil
  2. Centro de Divulgaҫãodo Islam Para América Latina (CDIAL) / Islam Dissemination Center for Latin America R. Henrique Alves

Canada

  1. Halal Montreal Certification Authority

China

  1. Shandong Islamic Association
  2. China Islamic Association
  3. ARA Halal Development Services Center Inc. (ARA)

Chile

  1. Centro Islamico De Chile

France

  1. Ritual Association of Lyon’s Great Mosque ( Association Ritualle de la Grande Mosquee de Lyon )

Germany

  1. HALAL CONTROL e.K. (EU) Pruef- und Zertifizierungsstelle fuer Halal-Lebensmittel European Inspection- and Certification Body for Halal-Food

India

  1. Halal Committee-Jamiat-Ulama-E-Maharashtra
  2. Jamiat Ulama-l-Hind Halal Trust
  3. Halal India PVT LTD

Indonesia

  1. The Indonesian Council of Ulama (MUI), Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika,

Italy

  1. Halal International Authority (HIA)

Japan

  1. Japan Muslim Association
  2. Japan Halal Association (JHA)

Kenya

  1. Kenya Bureau of Halal Certification (KBHC)

Korea

  1. Korean Muslim Federation (KMF)

Netherlands / Hollands

  1. Control Office of Halal Slaughtering B.V & Halal Quality Control
  2. Total Quality Halal Correct Certification
  3. Halal Feed and Food Inspection Authority (HFFIA)

New Zealand

  1. Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ)
  2. New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) Level 4, 369

Pakistan

  1. Jamea Markaz Uloom Islamia Mansoora (JMUIM)

Philipines

  1. Islamic Da’wah Council of The Philippines (IDCP)
  2. National Commission on Muslim Filipinos (NCMF)

Poland

  1. The Muslim Religious Union in Poland (MRU)

Singapore

  1. Islamic Religious Council of Singapore (MUIS)

South Africa

  1. National Independent Halaal Trust
  2. South African National Halal Authority (SANHA)
  3. Muslim Judicial Council SA

Sri Lanka

  1. HALAL ACCREDITATION COUNCIL (GUARANTEE) LIMITED

Sudan

  1. Majlis Fiqh Islami of Sudan/ Halal Authority of Sudan

Switzerland

  1. Halal Certification Services

Taiwan

  1. Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA)
  2. Taichung Mosque

Thailand

  1. The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT)

Turkey

  1. KAS ULUSLARARASI SERTİFİKASYON GÖZ. TEK. KONT. HIZM. LTD. ŞTI. (KASCERT INTERNATIONAL)
  2. Association For The Inspection And Certification Of Food And Supplies (GIMDES)

United Kingdom

  1. The Muslim Food Board (UK)

USA

  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Vietnam

  1. Halal Certification Agency, Vietnam

Akta Makanan 1983 – Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009

AKTA MAKANAN 1983

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

 

SUSUNAN PERATURAN

Bahagian I

PERMULAAN

Peraturan

1. Nama
2. Tafsiran

Bahagian II

PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

3. Premis makanan yang hendak didaftarkan
4. Permohonan untuk pendaftaran
5. Perakuan pendaftaran
6. Tempoh sah perakuan
7. Permohonan untuk pembaharuan perakuan

Bahagian III

PENJALANAN DAN PENYELENGGARAAN PREMIS MAKANAN

Bab 1–Kewajipan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan

Peraturan

8. Mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dsb., dalam premis
makanan
9. Program jaminan keselamatan makanan
10. Sistem kebolehkesanan makanan
11. Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan

Bab 2–Kehendak am bagi premis makanan

12. Lokasi
13. Reka bentuk am
14. Bekalan air
15. Kebersihanan premis makanan
16. Kawalan perosak di premis makanan
17. Pelupusan sampah

Bab 3–Kehendak khas bagi premis makanan

18. Permukaan lantai
19. Permukaan dinding
20. Pencahayaan
21. Pengalihudaraan
22. Siling
23. Pintu
24. Perabot, lengkapan dan permukaan yang menyentuh makanan
25. Penyimpanan makanan
26. Bilik persalinan
27. Sink cuci tangan
28. Bilik tandas
29. Kemudahan penyaliran

Bahagian IV

PENGENDALI MAKANAN

Bab 1–Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan

Peraturan
30. Latihan pengendali makanan
31. Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan
32. Pakaian pengendali makanan
33. Kebersihan diri pengendali makanan
34. Kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih

Bab 2–Perlindungan makanan

35. Pengendalian makanan, perkakas, dsb.
36. Penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan
37. Penyimpanan, pendedahan atau pameran makanan untuk dijual
38. Penyimpanan makanan

Bahagian V

KEHENDAK KHAS DALAM PENGENDALIAN, PENYEDIAAN, PEMBUNGKUSAN, PENYAJIAN, PENYIMPANAN DAN PENJUALAN MAKANAN KHUSUS

Bab 1–Daging

39. Penyediaan daging
40. Pengangkutan daging
41. Penjualan daging

Bab 2–Ikan

42. Memunggah dan menurunkan ikan
43. Pengendalian ikan segar
44. Pengendalian krustasea atau moluska
45. Penyimpanan ikan
46. Pengangkutan ikan
47. Penjualan ikan dingin dan sejuk beku

Bab 3–Aiskrim dan konfeksi sejuk beku

Peraturan
48. Penyediaan, pembungkusan atau penjualan aiskrim atau konfeksi sejuk beku
49. Kelakuan orang yang menjual aiskrim atau konfeksi sejuk beku

Bab 4–Susu

50. Kehendak suhu
51. Penjualan susu

Bab 5–Ais

52. Pengangkutan, penyimpanan dan hantar serah ais

Bab 6–Mesin jual

53. Pemasangan mesin jual makanan atau mesin jual air
54. Mesin jual makanan
55. Mesin jual air

Bahagian VI

PENGANGKUTAN MAKANAN

56. Pengangkutan makanan

Bahagian VII

PELBAGAI

57. Penyediaan dsb., makanan dalam premis makanan

58. Kesalahan yang boleh dikompaun

59. Pengkompaunan kesalahan
60. Pembayaran kompaun

Jadual

AKTA MAKANAN 1983

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 34 Akta Makanan 1983 [Akta 281], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Bahagian I

PERMULAAN

Nama
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Tafsiran
2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain—

“air minuman” ertinya apa-apa air yang mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985];

“bahan cemar mikrobiologi” termasuklah virus, bakteria, kulat dan toksinnya tetapi tidaklah termasuk mikroorganisma yang dibenarkan untuk ditambah ke dalam makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

“bekas kedap” termasuklah semua bentuk bekas atau pembungkus yang kedap udara;

“bersih” ertinya suatu keadaan atau apa-apa hal keadaan yang tidak membawa kepada, atau menyebabkan apa-apa pencemaran makanan dengan kotoran atau bahan lain yang tidak menyenangkan seperti sisa makanan, tanah, kotoran atau gris;

“daging” ertinya daging atau hasil daging sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

“ikan” ertinya ikan dan hasil ikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

“makanan cepat rosak” ertinya apa-apa makanan yang mudah rosak atau busuk dengan cepat;

“makanan risiko tinggi” ertinya semua makanan tersedia atau makanan yang telah dimasak yang boleh membantu pertumbuhan mikroorganisma berjangkit atau toksigen dengan cepat dan progresif;

“mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan
air itu diminum oleh manusia;

“mesin jual makanan” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens, unit makanan atau minuman sama ada dalam bentuk pukal atau dalam bentuk bungkusan;

“pemunya” ertinya mana-mana orang yang pada masa ini menerima sewa bagi mana-mana premis makanan, sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah atau sebagai penerima, atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau rumah yang terdapat di dalam premis itu disewakan kepada seseorang penyewa;

“pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang—
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas, dalam mana-mana premis makanan;

“penghuni” ertinya orang yang menjaga dan bertanggungjawab menjalankan, mengawas dan menguruskan perniagaan hari ke hari di premis makanan;

“perkakas pakai buang” ertinya apa-apa perkakas, peralatan, radas atau apa-apa barang lain yang ditetapkan untuk digunakan sekali sahaja dalam penyediaan, penyimpanan, pameran, pengambilan atau penjualan apa-apa makanan;

“permukaan yang menyentuh makanan” ertinya permukaan kelengkapan yang kebiasaannya menyentuh makanan;

“perosak” ertinya mana-mana haiwan yang berkebolehan mencemarkan makanan secara langsung atau tidak langsung;

“premis makanan” mempunyai erti yang sama di bawah Akta;

“program jaminan keselamatan makanan” ertinya suatu sistem amalan yang terancang dan didokumenkan yang memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan;

“rosak” ertinya berada dalam suatu keadaan yang menyebabkannya tidak sesuai untuk digunakan, dan termasuklah perkakasan yang rosak, pecah, sumbing, retak atau karat;

“sanitasi” ertinya bebas daripada apa-apa keadaan atau hal keadaan yang menjejaskan kesihatan dan termasuklah apa-apa keadaan atau hal keadaan yang boleh membawa kepada, atau menyebabkan pencemaran makanan dengan bahan
cemar mikrobiologi atau bahan toksik yang boleh menyebabkan makanan itu berbahaya kepada kesihatan;

“susu” ertinya susu atau hasil susu sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

“tuan punya” ertinya mana-mana orang yang memiliki atau menjalankan perniagaan makanan, atau jika orang itu tidak dapat dikenal pasti, seseorang yang menjaga perniagaan makanan itu.

Bahagian II

PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

Premis makanan yang hendak didaftarkan

3. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana premis makanan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bagi maksud, atau yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau dinyamankan semula apa-apa makanan itu kecuali premis itu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Permohonan untuk pendaftaran

4. (1) Suatu permohonan untuk pendaftaran premis makanan hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk dan cara dan hendaklah disertai dengan apa-apa maklumat dan butir-butir, sebagaimana Pengarah boleh nyatakan.

(2) Pengarah boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu menghendaki pemohon itu untuk memberikan dokumen, maklumat atau butir-butir tambahan yang difikirkannya perlu bagi maksud pendaftaran.

Perakuan pendaftaran

5. (1) Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subperaturan 4(1) dan setelah berpuas hati dengan maklumat dan butir-butir yang dikemukakan, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi premis makanan sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua.

(2) Fi untuk perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) adalah tiga puluh ringgit.

Tempoh sah perakuan

6. Suatu perakuan pendaftaran bagi premis makanan hendaklah sah bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

Permohonan untuk pembaharuan perakuan

7. (1) Suatu permohonan untuk pembaharuan suatu perakuan pendaftaran bagi premis makanan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh tamat pendaftarannya dan permohonan itu hendaklah dibuat menurut peraturan 4.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Bahagian III

PENJALANAN DAN PENYELENGGARAAN PREMIS MAKANAN

Bab 1–Kewajipan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan Mempamerkan perakuan pendaftaran, notis, dsb., dalam premis makanan

8. (1) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah—
(a) mempamerkan secara mudah dilihat suatu perakuan pendaftaran premis makanan di dalam premis makanan itu;
(b) mempamerkan secara mudah dilihat suatu notis di setiap tandas, bilik persalinan, kemudahan persalinan yang lain, atau di sink cuci tangan di premis makanan yang mengingatkan pengendali makanan untuk membasuh tangan sebersih-bersihnya sebelum memulakan kerja, sebaik selepas menggunakan tandas dan selepas mengendalikan makanan mentah atau apa-apa bahan yang mencemarkan; dan
(c) mempamerkan secara mudah dilihat suatu notis, dipintu masuk premis makanan, yang tidak membenarkan mana-mana orang daripada membawa apa-apa binatang ke dalam premis makanan itu.

(2) Mana-mana tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Program jaminan keselamatan makanan

9. (1) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga hendaklah menyediakan dan mengadakan suatu program jaminan keselamatan makanan di premis makanan itu.

(2) Mana-mana tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Sistem kebolehkesanan makanan

10. (1) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah mengadakan suatu sistem kebolehkesanan makanan, di premis makanan yang boleh mengenal pasti satu langkah ke belakang dari mana makanan itu datang dan satu langkah ke hadapan ke mana makanan itu pergi pada mana-mana peringkat tertentu suatu rantaian makanan daripada pengeluaran ke pengedaran.

(2) Mana-mana tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan

11. (1) Seseorang tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah—
(a) memastikan premis makanannya mematuhi semua kehendak Bab 2 dan 3 Bahagian ini;
(b) tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanannya melainkan jika pengendali makanan itu telah menjalani latihan pengendali makanan dan telah diperiksa dari segi perubatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar masing-masing sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan
30 dan 31;
(c) mengekalkan dan menyediakan untuk pemeriksaan suatu rekod latihan, pemeriksaan kesihatan dan perakuan pemvaksinan bagi tiap-tiap pengendali makanan yang digaji olehnya atau yang bekerja di premis makanannya; dan
(d) mengekalkan dan bersedia untuk pemeriksaan bagi segala rekod berkaitan dengan pembersihan, pembungkusan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran makanan.

(2) Mana-mana tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Bab 2–Kehendak am bagi premis makanan

Lokasi

12. Premis makanan hendaklah terletak jauh daripada punca pencemaran termasuk kolam pengudaraan, tangki septik dan tapak pelupusan sampah.

Reka bentuk am

13. Premis makanan hendaklah direka bentuk dan dibina bagi memudahkan pembersihan dan penyahjangkitan.

Bekalan air

14. (1) Hendaklah ada pengagihan air minuman yang secukupnya dan kemudahan yang mencukupi untuk penyimpanan dan pengagihannya, jika perlu.

(2) Bekalan air itu hendaklah dilindungi secukupnya daripada apa-apa pencemaran.

Kebersihan premis makanan

15. (1) Premis makanan hendaklah kekal dalam keadaan yang baik, bersih dan kemas pada setiap masa.

(2) Premis makanan hendaklah bebas daripada apa-apa timbunan kotak, tin, botol kosong, sampah atau apa-apa barang lain yang tidak berkaitan dengan urusan premis makanan untuk mengelakkan kemasukan dan menjadi sarang perosak.

(3) Pembersihan premis makanan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali sehari dan termasuklah membuang sisa makanan dan kotoran, jika perlu.

(4) Hendaklah disediakan kemudahan yang secukupnya bagi pembersihan, penyahjangkitan dan penyimpanan perkakasan yang digunakan di premis makanan dan kemudahan itu hendaklah dibina daripada bahan tahan hakisan
dan senang untuk dicuci dan, jika perlu, mempunyai bekalan air minuman panas dan sejuk yang secukupnya.

(5) Hendaklah disediakan dan tersedia pada setiap masa bekalan ejen pencuci, penyahjangkitan dan alatan yang secukupnya untuk membolehkan pembersihan tetap dan betul premis makanan dan semua perkakasan yang digunakan di premis makanan itu.

(6) Tiap-tiap ejen pencuci dan penyahjangkitan yang digunakan di premis makanan hendaklah dilabel secukupnya dan tidak disimpan dalam kawasan di mana makanan disimpan atau dikendalikan.

(7) Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh, bagi maksud mengekalkan kebersihan premis makanan, mengkehendaki mana-mana tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan untuk melakukan apaapa
pengubahan struktur, pembaikan, pengubahsuaian, pemasangan paip atau kerja pengaliran di mana-mana premis itu dalam tempoh masa sebagaimana yang boleh dinyatakan oleh Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa olehnya.

Kawalan perosak di premis makanan

16. (1) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah pada setiap masa mengekalkan premis makanan bebas daripada mana-mana perosak.

(2) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah, apabila menyedari kehadiran mana-mana perosak di premis itu, dengan serta-merta mengambil semua langkah yang praktis untuk memusnahkan dan mengelakkan infestasi semula serangan perosak.

(3) Suatu rawatan kawalan perosak hanya boleh dijalankan menggunakan ejen kimia, fizik atau biologi yang sesuai dan tanpa menimbulkan ancaman kepada keselamatan makanan.

Pelupusan sampah

17. (1) Semua sisa makanan, hasil sampingan yang tidak boleh dimakan dan sampah lain hendaklah—
(a) dialihkan daripada mana-mana bilik yang terdapat makanan dengan seberapa segera yang mungkin bagi mengelakkan pengumpulannya;
(b) disimpan di dalam bekas bertutup atau bekas jenis lain yang sesuai buatannya dan disimpan dalam keadaan baik, mudah dibersihkan dan jika perlu, dinyahjangkitkan; dan
(c) disingkirkan dalam cara yang bersih dan mesra alam sekitar menurut undang-undang yang berkaitan yang terpakai baginya, dan tidak menjadi punca pencemaran secara langsung atau tidak langsung.

(2) Hendaklah ada peruntukan secukupnya bagi penyimpanan dan pelupusan sisa makanan, hasil sampingan yang tidak boleh dimakan dan sampah lain.

(3) Semua tempat simpanan sisa makanan, hasil sampingan yang tidak boleh dimakan dan sampah lain hendaklah direka bentuk dan diuruskan dalam cara yang sedemikian yang membolehkannya dikekalkan bersih, jika perlu, bebas daripada haiwan dan perosak.

Bab 3–Kehendak khas bagi premis makanan

Permukaan lantai

18. Semua lantai di premis makanan hendaklah—
(a) dikekalkan dalam keadaan baik, mudah dibersihkan, dan jika perlu, dinyahjangkitkan;
(b) daripada bahan tidak telap air, bukan penyerap, boleh dibasuh dan bukan toksik melainkan jika tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan dapat memuaskan hati Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya bahawa bahan lain yang digunakan adalah sesuai; dan
(c) menyalirkan secukupnya.

Permukaan dinding

19. (1) Semua dinding di premis makanan hendaklah—
(a) dikekalkan dalam keadaan baik, mudah dibersihkan, dan jika perlu, dinyahjangkitkan; dan

(b) daripada bahan tidak telap air, bukan penyerap, boleh dibasuh dan bukan toksik dan mengkehendaki permukaan yang rata sehingga ketinggian yang sesuai untuk proses makanan melainkan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan dapat memuaskan hati Pengarah atau seseorang pegawai yang diberikan kuasa olehnya bahawa bahan lain yang digunakan adalah sesuai.

(2) Semua sudut di antara dinding dengan lantai premis makanan hendaklah lengkung cengkung bagi memudahkan pembersihan, jika perlu.

Pencahayaan

20. Tiap-tiap premis makanan hendaklah dibekalkan dengan pencahayaan semula jadi atau tiruan yang tidak membawa kepada, atau menyebabkan pencemaran makanan.

Pengalihudaraan

21. (1) Sistem pengalihudaraan dalam premis makanan hendaklah—
(a) sesuai dan mencukupi yang tidak membawa kepada, atau menyebabkan pencemaran makanan; dan
(b) dibina bagi membolehkan penapis dan bahagian lain yang memerlukan pembersihan atau penggantian dapat diakses dengan mudah.

(2) Aliran udara mekanikal sistem pengalihudaraan hendaklah tidak mengalir dari suatu kawasan tercemar ke suatu kawasan bersih.

Siling

22. Semua siling atau jika tiada siling, permukaan dalam bumbung dan lekapan atas premis makanan hendaklah dibina dan dalam bentuk kemasan yang boleh menghalang pengumpulan kotoran dan serakan habuk dan mengurangkan pemeluwapan dan pertumbuhan kulapuk yang tidak diingini.

Pintu

23. Semua pintu di premis makanan hendaklah—
(a) mudah dicuci dan jika perlu, dinyahjangkitkan; dan
(b) mempunyai permukaan yang rata, bukan penyerap dan boleh tutup sendiri.

Perabot, lengkapan dan permukaan yang menyentuh makanan

24. (1) Semua perabot, lengkapan dan permukaan yang menyentuh makanan yang digunakan atau hendak digunakan bagi penyediaan, penghidangan, penyimpanan, penghantaran atau pengedaran makanan di mana-mana premis makanan hendaklah diselenggara dengan baik dan kekal bersih pada setiap masa.

(2) Semua perabot, lengkapan dan permukaan yang menyentuh makanan yang digunakan atau hendak digunakan di mana-mana kawasan memproses makanan di premis makanan hendaklah daripada bahan yang tidak telap air dan mudah dicuci.

Penyimpanan makanan

25. (1) Hendaklah ada bilik penyimpanan yang sesuai pada saiz yang mencukupi bagi penyimpanan makanan di semua premis makanan.

(2) Hendaklah ada bilik penyimpanan yang berlainan untuk penyimpanan bahan makanan mentah dan ramuan, dan untuk penyimpanan bahan makanan yang telah diproses di semua premis makanan.

(3) Semua lengkapan atau kelengkapan yang digunakan atau hendak digunakan bagi penyimpanan makanan di semua premis makanan hendaklah—
(a) dibuat daripada bahan yang sesuai;
(b) direka bentuk dan dibina bagi membolehkan pembersihan dan penyahjangkitan yang secukupnya; dan
(c) mempunyai ruang yang mencukupi bagi membolehkan penyimpanan makanan dengan betul.

(4) Jika apa-apa makanan perlu disimpan dalam keadaan sejuk atau beku, kemudahan penyimpanan untuk makanan itu hendaklah mematuhi kehendak yang berikut:
(a) penyimpanan sejuk yang berasingan bagi bahan makanan mentah dan makanan yang diproses disediakan secukupnya;
(b) kemudahan itu dicairbekukan apabila perlu bagi mengekalkan kecekapan penyejukan;
(c) lapisan dalam kemudahan itu dibuat daripada bahan yang rata dan logam bukan toksik atau daripada bahan tidak telap air yang lain dan daripada warna yang cerah dan mudah dicuci;
(d) apa-apa peranti yang digunakan untuk merekod suhu dalam kemudahan itu adalah tepat sehingga lebih atau kurang 1°C; dan
(e) lubang udara bagi kemudahan itu ditempatkan jauh daripada cahaya berlebihan, udara panas, ketuhar atau saluran keluar pendingin hawa.

(5) Jika kemudahan yang dinyatakan dalam subperaturan (4) adalah sebuah bilik sejuk, pintu bagi kemudahan itu hendaklah dipasang dengan tirai udara atau cara lain yang berkesan bagi mengelakkan kehilangan udara sejuk atau apa-apa kenaikan suhu dengan tiba-tiba.

Bilik persalinan

26. Hendaklah ada disediakan bilik persalinan, jika perlu, kegunaan pengendali makanan di premis makanan.

Sink cuci tangan

27. (1) Hendaklah disediakan sink cuci tangan yang mencukupi diletakkan dan ditetapkan sesuai untuk mencuci tangan.

(2) Sink cuci tangan itu hendaklah, pada setiap masa—
(a) dibekalkan dengan air mengalir yang mencukupi;
(b) dibekalkan dengan sabun atau bahan cuci cecair yang sesuai di dalam dispenser;
(c) disediakan dengan tuala kertas atau pengering tangan automatik;
(d) dikekalkan bersih dan diselenggarakan dalam keadaan baik; dan
(e) dilengkapi dengan paip dioperasi tanpa tangan bagi kegunaan pengendali makanan.

(3) Hendaklah ada kemudahan sink cuci tangan yang berasingan bagi mencuci tangan dan membasuh makanan di premis makanan.

Bilik tandas

28. (1) Hendaklah disediakan bilangan bilik tandas yang mencukupi di premis makanan—

(2) Bilik tandas itu hendaklah—
(a) disediakan dengan air yang mengalir, kertas tandas, sabun atau cecair pencuci yang sesuai di dalam dispenser, kemudahan mengering tangan atau tuala gulung atau tuala kertas yang bersih pada setiap masa; dan
(b) kekal bersih dan bebas daripada bau busuk pada setiap masa; dan
(c) tidak terbuka secara terus menerus kepada mana-mana bilik atau bahagian digunakan untuk penyimpanan, pengeluaran dan penghidangan makanan.

Kemudahan penyaliran

29. (1) Kemudahan penyaliran di premis makanan hendaklah mencukupi, direka bentuk dan dibina bagi mengelakkan risiko pencemaran kepada makanan.

(2) Kemudahan penyaliran di dapur atau kawasan penyediaan makanan hendaklah diperbuat daripada bahan yang rata yang dipasang dengan perangkap makanan dan disambung ke saluran keluar utama dari premis makanan.

(3) Saluran penyaliran di premis makanan hendaklah terbuka sepenuhnya atau separuh terbuka dan direka bentuk secara bersesuaian bagi memastikan sisa tidak mengalir daripada suatu kawasan tercemar ke arah atau ke dalam suatu kawasan bersih.

Bahagian IV

PENGENDALI MAKANAN

Bab 1–Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan
Latihan pengendali makanan

30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makana di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

(2) Menteri boleh, jika difikirkannya perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam subperaturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
(a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;
(b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
(c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Pakaian pengendali makanan

32. (1) Pengendali makanan hendaklah memakai—
(a) pakaian yang bersih, sesuai dan wajar yang hendaklah tidak menyumbangkan kepada apa-apa pencemaran makanan; dan
(b) baju luar yang bersih, sesuai dan berwarna cerah atau apron berwarna cerah, penutup kepala dan kasut, atau apa-apa pakaian yang sesuai pada pendapat Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya.

(2) Pakaian yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dipakai selain di dalam premis makanan dan hendaklah sentiasa disimpan di dalam almari atau loker yang sesuai apabila tidak digunakan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Kebersihan diri pengendali makanan

33. (1) Pengendali makanan semasa mengendali, menyediakan, membungkus, membawa, menyimpan, mempamer dan menghidang makanan hendaklah—
(a) mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang tinggi termasuklah menyimpan kuku yang pendek dan bersih;
(b) menanggalkan baju luar atau penutup kepala atau apron sebelum ke tandas;
(c) membasuh tangan sebelum memulakan kerja, sebaik selepas menggunakan tandas dan selepas mengendalikan bahan makanan mentah atau apaapa bahan yang tercemar;
(d) tidak melakukan apa-apa kelakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran makanan;
(e) tidak meletak apa-apa barang di dalam poket mana-mana pakaian atau apron yang boleh menyumbangkan kepada apa-apa pencemaran makanan; dan
(f) tidak memakai perhiasan diri, jam, pin atau aksesori yang lain.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih

34. (1) Pengendali makanan hendaklah memastikan bahawa premis makanan di mana makanan dikendalikan dikekalkan bersih dan bebas daripada sampah, perosak, kotoran atau jelaga, penyapuan, abu, sisa dan sarang labah-labah pada setiap masa.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Bab 2–Perlindungan makanan

Pengendalian makanan, perkakas, dsb.

35. (1) Pengendali makanan hendaklah mengendalikan makanan dan menggunakan perkakas makanan dan bekas makanan mengikut kehendak yang berikut:
(a) makanan tidak boleh diletakkan secara langsung bersentuhan dengan apa-apa benda atau bahan yang boleh mencemarkan makanan itu;
(b) semua perkakas dan bekas yang digunakan di premis makanan hendaklah dikekalkan dalam keadaan baik, mudah dibersihkan, dan, jika perlu, dinyahjangkitkan pada setiap masa;
(c) semua perkakas dan bekas tidak menghasilkan atau mengeluarkan apa-apa bahan tercemar busuk, asing, beracun atau memudaratkan kepada kandungannya;
(d) semua perkakas atau bekas dipasang dalam cara sedemikian bagi membenarkan pembersihan perkakas atau bekas itu dan kawasan di sekeliling;
(e) semua bahagian perkakas atau bekas yang bersentuhan secara langsung dengan apa-apa makanan lembab atau makanan berisiko tinggi untuk penjualan adalah rata, permukaan tidak telap air dan tidak rosak;
(f) semua perkakas dan bekas yang telah digunakan untuk makanan mentah mendapan dibersihkan dan dalam keadaan sanitasi sebelum perkakas dan bekas itu digunakan untuk makanan yang telah dimasak;
(g) papan pemotong yang berlainan hendaklah digunakan bagi makanan mentah dan yang telah dimasak;
(h) papan pemotong yang digunakan dalam penyediaan makanan tidak rosak dan boleh dialihkan secara terus dan mudah bagi pembersihan;

(i) penyahjangkitan, bahan cuci, sebatian pencuci dan pelelas untuk pembersihan hendaklah betul-betul dibilas daripada permukaan yang menyentuh makanan;\

(j) ais yang digunakan yang secara langsung menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan hendaklah dibuat daripada air minuman dan hendaklah dikilangkan, dikendalikan, disimpan dan diangkut dalam cara sedemikian bagi melindunginya daripada apaapa pencemaran;

(k) stim yang digunakan yang secara langsung menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan hendaklah tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan atau yang boleh mencemarkan makanan itu; dan
(l) penyapuan lantai, pembersihan dinding atau pengelapan siling hendaklah tidak dilakukan semasa makanan dikendalikan.

(2) Pengendali makanan hendaklah menyebabkan semua perkakas yang rosak dibuang dan dikeluarkan daripada premis makanan.

(3) Pengendali makanan hendaklah tidak menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan bertoksik yang boleh mendedahkan makanan untuk dijual kepada risiko pencemaran.

(4) Pengendali makanan hendaklah memastikan bahan tambahan kimia yang digunakan untuk mencegah kakisan pada kelengkapan dan bekas, digunakan menurut amalan yang baik.

(5) Pengendali makanan hendaklah tidak membekukan semula apa-apa makanan yang hendak dijual secara runcit dalam keadaan sejuk beku selepas makanan itu dinyahbeku.

(6) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1), (2), (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun. Penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan

36. (1) Pengendali makanan yang menyediakan, membungkus atau menghidang makanan untuk dijual hendaklah—
(a) memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran;
(b) memastikan pembungkus makanan menyediakan perlindungan yang secukupnya untuk hasil makanan bagi meminimumkan pencemaran dan mengelakkan kerosakan kepada hasil makanan itu;
(c) memastikan bahan pembungkus makanan bukan toksik dan cukup kuat untuk menahan koyak dan bocor;

(d) memastikan bahan pembungkus makanan tidak menjejaskan keselamatan dan kesesuaian makanan di bawah keadaan penyimpanan dan penggunaan yang ditetapkan;

(e) tidak menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk mengendalikan mana-mana makanan yang tidak berbungkus;
(f) mengambil semua langkah yang munasabah untuk menghalang pelanggan daripada menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk mengendalikan apa-apa makanan yang tidak berbungkus;
(g) tidak menggunakan nafasnya untuk membuka apa-apa beg atau pembalut yang dimaksudkan untuk digunakan dalam penyediaan, pembungkusan dan penghidangan itu;
(h) mengelap tangannya dengan tuala yang bersih atau apa-apa bahan lain yang bersih dan sesuai;
(i) mengelakkan daripada meletakkan, membawa atau menyimpan apaapa makanan yang tidak dibungkus dalam cara sedemikian yang menyebabkan pinggan, mangkuk atau bekas bersentuhan dengan makanan di dalam pinggan, mangkuk atau bekas yang lain;
(j) tidak menggunakan apa-apa bahan mentah atau ramuan yang mungkin tercemar dengan parasit, mikroorganisma patogen, toksik atau bahan terurai atau bendasing yang boleh menyebabkan hasil akhir tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia;
(k) tidak menyimpan apa-apa bahan mentah, ramuan, hasil makanan pertengahan atau hasil makanan siap pada suhu yang mungkin boleh membantu pembiakan semula mikroorganisma patogen atau pembentukan toksin;
(l) tidak menggangu rantaian sejuk makanan, tetapi kawalan suhu di luar bagi tempoh terhad yang tidak menimbulkan risiko kepada kesihatan adalah dibenarkan;
(m) memastikan pemanas makanan mengekalkan suhu makanan itu pada suhu melebihi 60ºC, jika makanan yang hendak dihidangkan panas;
(n) memastikan mana-mana makanan yang hendak dihidangkan dingin disejukkan—
(i) dengan seberapa segera yang mungkin jika proses pemanasan digunakan; atau
(ii) pada suhu yang tidak menyebabkan risiko kepada kesihatan, jika tiada proses pemanasan dikenakan pada peringkat akhir penyediaan; dan
(o) berhubung dengan proses penyahsejuk beku makanan,—
(i) meminimumkan risiko pertumbuhan mikroorganisma patogen atau pembentukan toksin dalam makanan itu;
(ii) mendedahkan makanan kepada apa-apa suhu yang tidak akan menyebabkan risiko kepada kesihatan; dan

(iii) menyalirkan secukupnya cecair hasil daripada proses penyahsejuk beku.

(2) Pengendali makanan yang menyediakan, membungkus atau menghidang makanan yang berasal daripada babi (sus scrofa) hendaklah pada masa yang sama tidak menyediakan, membungkus atau menghidang makanan yang bukan berasal daripada babi.

(3) Pengendali makanan hendaklah menggunakan perkakas yang berlainan untuk penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan yang berasal daripada babi (sus scrofa) dan makanan yang bukan berasal daripada babi.

(4) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Penyimpanan, pendedahan atau pameran makanan untuk dijual

37. (1) Pengendali makanan hendaklah tidak menyimpan, mendedahkan atau mempamerkan untuk dijual mana-mana makanan sedia untuk makan oleh manusia dalam mana-mana premis makanan melainkan jika makanan itu terlindung secukupnya daripada—
(a) pencemaran oleh mana-mana orang yang bersentuhan dengan makanan itu; atau
(b) lain-lain punca pencemaran, dengan cara yang berkesan dan menggunakan kabinet, almari pameran, bekas, penutup atau peralatan perlindungan, sistem atau peranti lain yang mudah dibersihkan.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Penyimpanan makanan

38. (1) Pengendali makanan hendaklah menyimpan makanan menurut kehendak yang berikut:
(a) makanan disimpan di dalam bilik yang sesuai, cukup besar untuk penyimpanan yang berasingan bahan mentah daripada bahan yang telah diproses dan penyimpanan sejuk berasingan yang mencukupi;
(b) makanan tidak disimpan dalam kemudahan penyimpanan yang sama dengan agen pembersih dan penyahjangkit;

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Barikut merupakan isi kandungan daripada Akta 342 Undang-Undang Malaysia.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 342

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN

PENYAKIT BERJANGKIT 1988

BAHAGIAN I – PERMULAAN

Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.
2. Tafsiran.

BAHAGIAN II – PENTADBIRAN

3. Perlantikan pegawai-pegawai diberikuasa.
4. Pembatasan liabiliti
5. Bantuan polis, dll.

BAHAGIAN III – PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT

6. Pengisytiharan kawasan jengkitan.
7. Memasuki an memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu
8. Masa pemeriksaan.
9. Membawa masuk atau membawa keluar mayat dan organisma atau bahan patogenik.

BAHAGIAN IV – MENGAWAL MEREBAK PENYAKIT BERJANGKIT

10. Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
11. Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

Suatu akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, dan adalah terpakai di seluruh Malaysia.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini, atau peruntukan peruntukan yang berlainan di dalamnya, di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“barang” ertinya apa-apa benda alih tak bernyawa, termasuk makanan dan dadah dan termasuklah juga lengkapan dan lekapan;

“berinfentasi” ertinya berinfentasi dengan rodensia atau serangga berbahaya;

“imunisasi” ertinya pemasukan antigen-antigen atau antibodi-antibodi tertentu ke dalam tubuh manusia dengan tujuan memberikan imuniti terhadap penyakit yang berkenaan, dan termasuklah vaksinasi;

“inspektor kesihatan” ertinya mana-mana inspektor kesihatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;

“jangkitan” ertinya kemasukan agen-agen penyakit berjangkit ke dalam benda-benda bernyawa dan pembiakan dalam benda-benda bernyawa;

“kapal” termasuklah apa-apa vesel yang digunakan dalam pelayaran mengikut jalan air;

“kecemaran” ertinya wujudnya agen-agen penyakit berjangkit pada permukaan atau dalam benda-benda tak bernyawa atau pada permukaan tubuh benda-benda bernyawa;

“kenderaan” termasuklah kapal, pesawat udara, keretapi, kenderaan jalan raya dan apaapa alat pengangkutan lain;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan;

“komander” ertinya orang yang sedang mengetuai sesuatu pesawat udara atau kapal;

“kontak” ertinya mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit berjangkit, termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan;

“lapangan terbang” ertinya mana-mana kawasan darat, air atau ruang yang direkabentuk, dilengkapkan, diuntukkan atau lazimnya digunakan untuk memberikan kemudahan bagi pesawat udara berlepas dan mendarat dan termasuklah bumbung sesuatu bangunan yang direkabentuk, dilengkapi atau diuntukkan untuk memberikan kemudahan bagi pesawat udara untuk berlepas dan mendarat;

“makanan” termasuklah apa-apa bahan yang dimakan oleh manusia atau binatang atau apa-apa bahan yang digunakan dalam komposisi atau penyediaan mana-mana bahan sedemikian, dan termasuklah juga perisa dan rencahnya, tetapi tidak termasuk dadah;

“membasmi kuman” ertinya memusnahkan atau menghapuskan agen-agen penyakit

“membasmi serangga” ertinya operasi di mana langkah-langkah diambil untuk membunuh serangga-serangga berbahaya;

“membasmi tikus” ertinya menjadikan bebas daripada rodensia;

“organisma atau bahan patogenik” termasuklah-
(a) apa-apa binatang;
(b) apa-apa serangga berbahaya;
(c) apa-apa kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup;
(d) kultura apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau
(e) hasil apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus, yang berupaya menyebabkan apaapa penyakit berjangkit;

“pegawai diberikuasa” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan, mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 3;

“Pegawai Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan tugastugas Pegawai Kesihatan dalam mana-mana kawasan, daerah, atau kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk had lapangan terbang dan pelabuhannya, dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Perubatan dan kesihatan negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya;

“pelabuhan” ertinya pelabuhan laut atau pelabuhan pelayaran pedalaman yang biasanya dikunjungi oleh kapal-kapal;

“pemerhatian” ertinya penyesihan mana-mana kontak atau orang yang disyaki mengidap apa-apa penyakit berjangkit bagi maksud menentukan sama ada dia mengidap penyakit berjangkit atau tidak, dan termasuklah rawatan orang itu;

“pengamal perubatan” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971;

“Pengasingan” apabila dipakai bagi seseorang atau sekumpulan orang ertinya memisahkan orang itu atau kumpulan orang itu daripada orang-orang lain, kecuali kakitangan yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pengasingan orang-orang yang tersebut, mengikut apa-apa cara untuk mencegah merebaknya jangkitan itu, dan termasuklah rawatan orang itu atau kumpulan orang itu;

“pengawasan” ertinya pengenaan mana-mana orang yang tidak diasingkan kepada pemeriksaan atau siasatan berkala bagi maksud menentukan keadaan kesihatannya dan kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh pegawai diberikuasa bagi maksud itu;

“penyakit berjangkit” ertinya apa-apa penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diteripakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

“pesawat udara” termasuklah tiap-tiap jenis pesawat yang digunakan dalam penerbangan mengikut jalan udara;

“premis” termasuklah apa-apa struktur, kekal atau selainnya, tanah di mana struktur itu terletak, dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengannya, dan termasuk juga mana-mana jalan, kawasan lapang atau kenderaan;

“rawatan” termasuk segala perbuatan dan prosedur yang perlu bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit;

“rumah tumpangan” termasuklah-
(a) hostel;
(b) asrama; atau
(c) mana-mana institusi tempat berlindung atau tempat berehat bagi orang-orang yang memerlukan jagaan;

“serangga berbahaya” ertinya apa-apa artropod yang membawa atau menyebabkan, atau berupaya membawa atau menyebabkan, apa-apa penyakit berjangkit, dan termasuklah telur, larva dan kepompong artropod itu;

“stesen kuarantin” ertinya mana-mana tempat di mana pengasingan atau pemerhatian dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin;

“wabak” ertinya kerebakan sesuatu penyakit dengan bertambahnya kes-kes dalam sesuatu kawasan;

(2) Apa-apa sebutan mengenai “lapangan terbang” atau “pelabuhan” termasuklah sebutan mengenai apa-apa struktur, yang kekal atau selainnya, di dalam had lapangan terbang atau pelabuhan itu.

3. (1) Menteri boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi pegawai diberikuasa bagi maksud-maksud Akta ini.

(2) Seseorang pegawai diberikuasa, apabila bertindak dalam bidang kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Kesiksaan.

(3) Seseorang pegawai diberikuasa hendaklah memelihara kerahsiaan segala perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam melaksanakan tugas-tugas rasminya di bawah Akta ini dan tidak boleh menyampaikan apa-apa perkara itu kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(4) Seseorang pegawai diberikuasa yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen

(3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.

4. (1) Tiada apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana pegawai diberikuasa bagi maksud melaksanakan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya boleh menyebabkan pegawai diberikuasa itu bertanggungan sendiri terhadap apa-apa jua pun tindakan, liabiliti, tuntutan atau kehendak.

(2) Subseksyan (1) adalah terpakai bagi mana-mana pegawai yang bertindak di bawah seksyan 5.

5. Pegawai-pegawai polis, kastam dan imegresen dan pegawai-pegawai dari jabatanjabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diminta oleh mana-mana pegawai diberikuasa bagi maksud membolahkannya menjalankan kuasa-kuasa yang diletakhakkan padanya oleh Akta ini atau peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini.

BAHAGIAN III

PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT

6. (1) Bilamana pemberitahuan diterima di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa bahawa terdapat suatu kawasan jangkitan di luar Malaysia, Menteri boleh melalui perintah dalam Warta mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan jangkitan bagi maksud Akta ini.

(2) Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyan (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan lain di luar Malaysia sebagai kawasan jangkitan.

(3) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mencegah kemasukan apa-apa penyakit berjangkit dari sesuatu kawasan jangkitan.

7. (1) Seseorang pegawai diberikuasa boleh-

(a) memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia;

(b) membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana-mana kenderaan sedemikian; dan

(c)mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.

(2) Seseorang pegawai diberikuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana bahagian sesuatu kenderaan yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah tercemar atau berinfentasi dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus sehingga pegawai itu berpuas hati.

(3) Jika semasa dia membuat pemeriksaan perubatan di bawah subseksyen(1) seseorang pegawai diberikuasa mendapati atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang telah dijangkiti atau adalah seorang kontak, dia boleh memerintahkan supaya orang itu-

(a) dipindahkan ke suatu stesen kuarantin dan ditahan di sana bagi pengasingan atau pemerhatian; dan

(b) diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.

8. (1)Pemeriksaan-pemeriksaan di bawah seksyan 7 hendaklah dijalankan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkan oleh seseorang pegawai diberikuasa; dan pemunya mana-mana kenderaan, atau ejennya atau perkhidmatnya, hendaklah membuat apa-apa persiapan yang dikehendaki oleh pegawai diberikuasa itu supaya pemeriksaan itu dilakukan.

(2) Pemunya mana-mana kenderaan, atau ejennya atau operkhidmatnya, yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

9. (1) Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya membawa masuk ke dalam Malaysia atau membawa keluar dari Malaysia-

(a) apa-apa mayat, tisu manusia atau apa-apa bahagiannya;atau

(b) apa-apa organisma atau bahan patogenik atau apa-apa bahagiannya, kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalan melakukan suatu kesalahan.

(3) Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah dengan disedarinya membawa masuk atau membawa keluar mayat, tisu manusia, atau apa-apa bahagiannya atau organisma atau bahan patogenik itu atau apa-apa bahagiannya sehingga dibuktikan sebaliknya.

BAHAGIAN IV

MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT

10. (1) Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, dan tiap-tiap orang yang menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang yang mengidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu, memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hamper atau memberitahu ketua kampong yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.

(2) Tiap-Tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit itu kepada Pegawai \kesihatan yang paling hamper, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, dalam boring yang ditetapkan oleh peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3) Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hamper, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah tumpangan itu mengidap
atau telah mati akibat penyakit berjangkit.

(4) Mana-mana pegawai polis atau ketua kampong yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.

(5) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(6) Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk percaya bahawa sustu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu pnyakit berjangkit wujud.

11. (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa suatu penyakit berjangkit telah bermula di mana-mana kawasan di Malaysia, atau bahawa mana-mana kawasan diancam oleh wabak apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan tempatan jangkitan.

(2) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan lanhkah-langkah yang hendak diambil untuk mengawal atau mencegah merebaknya apa-apa penyakit berjangkit di dalam atau dari sesuatu kawasan tempatan jangkitan.

(3) Selama berkuatkuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberikuasa mengarahkan supaya mana-mana orang atau golongan atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka-

(a) dirawat atau diimunisasi;

(b) diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau

(c) dikenakan apa-apa langkah lain sebagai mana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberikuasa untuk mengawal penyakit itu.

(4) Adalah sah bagi seseorang pegawai diberikuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) dipatuhi.

(5) Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan.

12. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia mengidap sesuatu penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang-orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau manamana tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang-orang selain daripada anggota-anggota keluarga atau rumahnya sendiri.

(2) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia mengidap mana-mana penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit itu.

(3) mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya ditempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan perubatan.

13. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa manamana barang telah tercemar atau bahawa mana-mana binatang telah dijangkiti atau tercemar boleh memberikan, meminjamkan, menjual, menghantar, menggunakan atau mendedahkan barang atau binatang itu tanpa pembasmian kuman terlebih dahulu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menghantar, dengan langkah-langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, apa-apa barang atau binatang supaya barang atau binatang itu dibasmi kuman.

14. Seseorang pegawai diberikuasa boleh menyebabkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh menahan orang itu di stesen itu sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

15. (1) Seseorang pegawai diberikuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

(2) Bagi maksud-maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberikuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.

16. Bilamana seseorang pegawai diberikuasa mengesyaki bahawa seseorang telah mati akibat suatu penyakit berjangkit, dia boleh memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu.

17. (1) Jika-

(a) seseorang telah mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu penyakit berjangkit;

(b) seseorang pegawai diberikuasa telah memberikan arahan-arahan bagaimana mayat orang itu akan dikebumikan atau dibakar, maka tiada seorang pun boleh mengebumikan atau membakar mayat itu selain daripada mengikut arahan-arahan pegawai diberikuasa itu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

18. (1) Jika seseorang pegawai diberikuasa mempunyai sebab untuk percaya bahawa telah ada seseorang yamg mengidap penyakit berjangkit di mana-mana premis, atau bahawa di mana-mana premis terdapat keadaan yang mungkin menyebabkan bermulanya atau merebaknya apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh melakukan mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a) memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika orang itu mengidap atau telah mengidap sesuatu penyakit berjangkit;

(b) memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkaitan;

(c) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus;

(d) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus dengan sempurnanya;

(e) memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnya, memerintahkan pemusnahannya; dan

(f) melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

(2) Seseorang pegawai diberikuasa boleh memasuki mana-mana premis pada bilabila masa bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).

19. (1) Seseorang Pegawai Kesihatan boleh memerintahkan pemusnahan apa-apa struktur di mana suatu kes penyakit berjangkit telah berlaku jika struktur itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya.

(2) Pegawai Kesihatan itu hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah tiap-tiap perintah di bawah subseksyen (1).

20. (1) Jika seseorang pegawai diberikuasa berpuas hati bahawa terdapat atau telah terdapat suatu kes penyakit berjangkit di mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat demikian, pegawai diberikuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang manamana orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian atau mana-mana bahagiannya tanpa perakuan bertulis pegawai diberikuasa yang memperakui bahawa bangunan sedemikian, atau mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya-

(a) Telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberikuasa itu berpuas hati; atau

(b) Tidak perlu dibasmi kuman, Mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah tumpangan sebagai penginap berbayar.

21. Jika seseorang pegawai diberikuasa berpuas hati bahawa sesuatu kenderaan telah digunakan untuk membawa seseorang yang mengidap penyakit berjangkit, pegawai diberikuasa itu boleh menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman.

BAHAGIAN V

KESALAHAN DAN PENALTI

22. Mana-mana orang yang-

(a) menghalang atau menggendalakan, atau membantu menghalang atau menggendalakan, mana-mana pegawai diberikuasa dalam melaksanakan kewajipannya;

(b) tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberikuasa;

(c) enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahAkta ini, atau;

(d) apabila dikehendaki memberikan maklumat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, memberikan maklumat palsu, adalah melakukan suatu kesalahan.

23. Mana-mana pegawai diberikuasa boleh hadir di mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan-

(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(b) Berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(c) Berkenaan dengan kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi 200 ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

25. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya bagi maksud ini secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai boleh dikompaun dengan mendapatkan daripada pesalah itu
sejumlah wang yang tidak melebihi 1000 ringgit.

26. (1) bilamana Ketua Pengarah berpendapat adalah perlu bagi melaksanakan manamana peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai diberikuasa merekuisisi sementara mana-mana premis selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah.

(2) jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), premis itu hendaklah dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dikembalikan kepada pemunyanya.

(3) jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), pemunyanya hendaklah dibayar pampasan yang dipersetujui di antara pemunya itu dengan Ketua Pengarah atau, jika tiada persetujuan, yang diputuskan melalui timbang tara menurut peruntukan-peruntukan Akta Timbangtara 1952.

27. (1) tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain yang diberikan di bawah akta ini, seseorang pegawai diberikuasa boleh menyita apa-apa barang yang telah atau mungkin telah tercemar, atau yang mengandungi atau berupa sebagai mengandungi apa-apa organisma atau bahan patogenik, dan boleh menyita apa-apa binatang yang telah atau mungkin telah dijangkiti atau tercemar.

(2) jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan bersetuju secara bertulis supaya barang atau binatang tiu dimusnahkan, maka barang atau binatang itu boleh dimusnahkan atau dilupuskan selainnya sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai diberikuasa itu.

(3) jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang di dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan tidak bersetuju barang atau binatang itu dimusnahkan, maka pegawai diberikuasa itu hendaklah memohon kepada Majistret untuk mendapatkan perintah bagi pelupusan barang atau binatang itu dan Majistret boleh membuat perintah yang difikirkannya patut, termasuk perintah pemusnahan barang atau binatang itu, walaupun tiada sesiapa telah dipertuduh atau disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitang dengan barang atau binatang itu.

28. (1) Kerajaan boleh mendapatkan daripada pemunya mana-mana kenderaan, atau daripada agen atau pengkhidmatnya, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi kesemua atau mana-mana- yang berikut;

(a) pemindahan, layanan perubatan dan penyaraan mana-mana orang yang atau yang disyaki mengidap sesustu penyakit berjangkit dan yang dipindahkan ke mana-mana hospital atau tempat dari kenderaan itu untuk rawatan perubatan atau untuk pengasingan atau pemerhatian.

(b) Pengebumian atau pembakaran mana-mana orang yang mati akibat penyakit berjangkit di dalam kenderaan itu, atau yang mati akibat penyakit berjangkit selepas dipindahkan ke hospital dari kenderaan itu.

(c) Pembersihan, pembasmian serangga, pembasmian kuman dan pembasmian tikus kenderaan itu atau mana-mana bahagiannya.

(d) Pelupusan barang-barang yang tercemar atau binatang-binatang yang dijangkiti atau tercemar di dalam kenderaan itu.

(2) apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan melalui prosiding sivil sebagai hutang kena dibayar kepada Kerajaan.

29. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan;

(a) mana-mana orang atau golongan orang

(b) Mana-mana barang

(c) Mana-mana kenderaan

(d) Mana-mana mayat, tisu manusia atau bahagiannya

(e) Mana-mana binatang

(f) Mana-mana organisma atau bahan patogenik daripada kuatkuasa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh, pada membuat perintah di bawah subseksyen (1) mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

30. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah dalam Warta memotong mana-mana peruntukan atau menambah, mengubah atau meminda peruntukanperuntukan Jadual Pertama.

31. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Malaysia, termasuk lapangan terbang, pelabuhan, perairan pantai dan sempadan daratnya, bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasa yang diberikan ileh subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perakara yang berikut:

(a) menubuhkan dan menyenggara kemudahan-kemudahan di adart atau di laut atau di sempadan bersama wilayah berdampingan supaya langkah-langkah kesihatan dikenakan kepada lalulintas tempatan dan antarabangsa.

(b) Mengawalselia kemasukan dan pergerakan mana-mana kenderaan dan menetapkan langkah-langkah yang kepadanya kenderaan itu akan tertakluk, untuk mencegah bermulanya penyakit berjangkit

(c) Mengawalselia:

(i) kemasukan orang-orang ke dalam Malaysia, pergerakan mereka di dalam dan keberakatan mereka dari Malaysia

(ii) pengimportan dan pengeksportan barang-barang

(iii) pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusai atau mana-mana bahagiannya

(iv) pengimportan dan pengeksportan organisma dan bahan patogenik

(d) mengawalselia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia

(e) mengawalselia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang masuk di Malaysia

(f) tugas-tugas yang dikehendaki dilaksanakan oleh komander dan orang-orang lain yang berada atau telah berada di atas mana-mana kenderaan, atau mereka yang berhasrat untuk menaiki kenderaan itu, untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit merebak;

(g) mengawalselia standard kebersihan yang dikehendaki bagi pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan sekelilingnya dan standard kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat-tempat itu;

(h) mengawalselia prosedur kuarantin dan pengurusan stesen kuarantin;

(i) penahanan, pengasingan dan pemerhatian di sesuatu stesen akan orang-orang yang mengidap atau disyaki mengidap sesuatu penyakit berjangkit;

(j) mengawalselia pencucian dan pembasmian kuman premis-

(i) di mana telah terdapat suatu kes atau disyaki terdapat suatu kes penyakit berjangkit; atau

(ii) yang disyaki tercemar dengan agen-agen penyakit berjangkit;

(k) mengawalselia pemindahan dan pembasmian kuman atau pemusnahan barang-barang yang telah atau disyaki tercemar dengan agen-agen penyakit berjangkit

(l) mencegah dan mengawal merebaknya jangkitan melalui serangga, rodensia atau binatang-binatang lain;

(m) menetapkan standard kebersihan dan kemudahan-kemudahan kebersihan bagi premis;

(n) memeriksa premis-premis dan barang-barang di dalamnya;

(o) mengumpulkan dan menyampaikan maklumat epidemiologi dan kesihatan dan laporan wajib mengenai penyakit berjangkit;

(p) menetapkan fee-fee yang akan dibayar di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(q) pembayaran kepada Kerajaan apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang-orang yang dipindahkan ke hospital-hospital atau stesen-stesen kuarantin;

(r) menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi pengkompaun;

(s) menetapkan borang-borang yang akan digunakan di bawah Akta inidan peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(t) apa-apa perkara lain yang ada pendapat Menteri adalah wajar bagi pencegahan atau pengurangan penyakit-penyakit berjangkit.

32. Enakmen Pesakit Kusta bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dipinda dengan memansuhkan seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 10, subseksyen (iv) seksyen 11, seksyen 12, subseksyen (ii) seksyen 13, seksyen 14, 15, 17, 19, 21 dan 24 dan Jadual kepada Enakmen itu.

33. (1) Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua sadalah dimansuhkan.

(2) Pemansuhan ini tidaklah menyentuh apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan wajar atau apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau ditanggung di bawah undang-undang bertulis itu; dan khususnya (tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu) apa-apa perjanjian, perlantikan, kelulusan, jawatan, notis atau pengiktirafan yang dibuat atau diberikan di bawah undang-undang bertulis itu hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.

JADUAL PERTAMA

( Seksyen 2 )

PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT

BAHAGIAN 1

1. Batuk Kokol.
2. Campak.
3. Chancroid.
4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah.
5. Demam Kuning.
6. Difteria
7. Disenteri (semua jenis)
8. Jangkitan Gonococcal (semua jenis)
9. Keracunan Makanan
10. Kolera
11. Kusta
12. Malaria.
13. Plague
14. Poliomielitis ( Akut )
15. Rabies
16. Relapsing Fever
17. Sifilis ( Semua Jenis )
18. Tetanus ( semua jenis )
19. Tifoid dan Salmonoloses lain.
20. Tifus dan Ricketsioses lain.
21. Tuberkulosis ( semua jenis )
22. Viral Ensefalitis
23. Viral Hepatitis

BAHAGIAN II

Human Immunodeficiency Virus Infection ( semua jenis )

JADUAL KEDUA

( seksyen 33 )

PEMANSUHAN

( 1 ) ( 2 )
Nombor Tajuk ringkas
N.M.B. Bab 185 Enakmen Kuarantin
N.M.B. Bab 186 Enakmen Pencegahan Penyakit
N.M.B. Bab 187 Enakmen Tanam Cacar
N.N.S. Ord. 52/1939 Ordinan Kuarantin dan Pencegahan
Penyakit 1939
N.N.S. Bab 194 Ordinan Pesakit Kusta
P.T.M. Ord. 56/1950 Ordinan Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit ( pemakaian
bagi Kedah ) 1950
Johor En. No. 9 Enakmen Tanam Cacar
Johor En. No. 122 Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit
Kedah En. No. 124 Undang-Undang No.124 (Colek Ketumbuh)
Kelantan En. 10/1935 Enakmen Pesakit Kusta
Kelantan En. 5/1939 Enakmen Pencegahan Penyakit
Perlis En. 4/1346 Undang-Undang Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1346
Perlis En. 1/1345 Undang-Undang Kuarantin Padang Besar 1345
Trengganu En. 6/1356 (Disemak Bab 84) Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit
Akta 52 Akta Pembasmi Malaria 1971.

Proses dan Cara permohonan Sijil MeSTI

Tujuan Skim Pensijilan MeSTI ini adalah bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam melaksanakan program jaminan keselamatan makanan agar tahap keselamatan makanan dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kemajuan dan pendapatan pengusaha makanan.Usaha ini sejajar dengan aspirasi negara untuk memberi perubahan dan peningkatan dalam kualiti kehidupan penduduk luar bandar di bawah program Transformasi Penduduk Luar Bandar.

Selain daripada itu, skim ini juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk PKS demi meningkatkan sistem Jaminan Keselamatan Makanan pada tahap yang yang memenuhi piawaian antarabangsa seperti pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Skim Pensijilan MeSTI juga menjalinkan usahasama dengan agensi-agensi lain seperti Skim 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM dan Skim Penyenaraian Persaingan KPS untuk perkembangan perniagaan oleh SME Corp bagi memberi manfaat sepenuhnya kepada pengusaha makanan yang mengikuti program MeSTI yang ditawarkan ini.

Apakah Syarat atau Kriteria untuk memohon pensijilan MeSTI?

kriteria premis makanan yang ingin memohon pensijilan MeSTI adalah sepeti berikut:

  1. Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Perniagaan juga mestilah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pendaftaran Premis Makanan dan Borang yang disediakan ( Borang KKM-PPKM-1/09 ) yang boleh didapati secara atas talian melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my
  3. Premis dimana perniagaan dijalankan hendaklah mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ( contoh: MBSA, DBKL, MPSJ ) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.

Bagaimanakah cara memohon Pensijilan MeSTI?

Semua permohonan pensijilan MeSTI wajib dibuat menggunakan borang permohonan MeSTI-1/12 yang boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:

  • Ibu Pejabat BKKM, KKM.
  • Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
  • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
  •  Laman Sesawang http:fsq.moh.gov.my

Semua borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada JKN atau PKD berdekatan dengan premis perniagaan yang ingin di daftarkan.

Dokumen lengkap yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

1. Borang Permohonan MeSTI-1/12

Borang MeSTI-1-12

2. Senarai Semak Permohonan MeSTI-2/12

Borang MeSTI-2-12

3. Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12 (Jika Ada)

MeSTI-3-12_1     MeSTI-3-12_2     MeSTI-3-12_3

MeSTI-3-12_4     MeSTI-3-12_5      MeSTI-3-12_6

  1. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM
  2. Salinan lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.
  3. Salinan sijil pendaftaran SSM
  4. Salinan Sijil Sistem Jaminan Keselamatan Makanan (Jika Ada)
  5. Carta Alir Pemprosesan (Jika Ada)

Apakah Bayaran bagi permohonan pensijilan MeSTI?

Tiada bayaran yang dikenakan kepada pemohon bagi tujuan pengiktirafan

Proses Permohonan Pensijilan MeSTI

Carta Alir Proses permohonan pensijilan MeSTI (BARU)

Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (BARU)

 

Semakan Permohonan Pensijilan MeSTI

Bagi pemohon yang telah mempunyai Pensijilan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan oleh Bbadan pensijilan yang diakreditasi oleh Standards Malaysia atau Pensijilan oleh KKM, Pensijilan MeSTI diberikan tanpa audit di lapangan.

Pra Penilaiann

Pra Penilaian merupakan aktiviti audit di lapangan yang dilakukan dalam tempoh lima (5) hari dari permohonan lengkap diterima. Audit lapangan dilakukan berdasarkan informasi yang diberikan didalam Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12

Pihak juruaudit akan menyerahkan salinan laporan awal kepada pemohon tidak lewat dari dua (2) hari dari tarikh audit lapangan dijalankan.

Bimbingan

Bimbingan akan dibuat berdasarkan penilaian juruaudit semasa laporan awal pra penilaian dilakukan bagi membantu pemohon menyediakan premis mengikut keperluan elemen-elemen MeSTI. Bimbingan yang diberikan adalah berbentuk dari pihak KKM atau bimbingan Program Pembangunan oleh pihak SME Corp atau dari agensi-agensi lain. Pemohon dikehendaki memberikan komitmen sepenuhnya di dalam proses bimbingan ini selama enam (6) bulan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta membangunkan program jaminan keselamatan makanan. Setelah proses bimbingan tamat, audit susulan akan dijalankan oleh juruaudit di tarikh yang ditetapkan oleh juruaudit.

Audit Susulan

Pemohon perlu mengambil tindakan pembetulan bagi kesemua ketidakpatuhan yang telah didokumentasikan oleh juruaudit dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit pra penilaian dijalankan. Pemohon hendaklah mengemukakan bukti bergambar atau dokumen sokongan bagi pembetulan yang telah dilakukan.

Laporan Akhir

Dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh audit susulan dijalankan oleh juruaudit, laporan akhir audit akan dikeluarkan. Pihak juruaudit akan memberikan sokongan pensijilan sekiranya didapati pemohon telah mematuhi syarat-syarat pensijilan MeSTI.

Kelulusan

Permohonan yang telah lulus akan diberikan sijil pengiktirafan, pelekat logo MeSTI dan surat pengensahan dalam tempoh lima (5) hari selepas Ibu Pejabat BKMM, KKM menerima laporan akhir yang lengkap dari pihak JKN.

Tempoh Sah Laku Sijil MeSTI

Tempoh sah laku sijil MeSTI bagi pemohon yang telah lulus dan diiktiraf adalah selama tiga (3) tahun. Namun begitu, bagi pemohon yang diluluskan berdasarkan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan sedia ada yang telah diiktiraf oleh Standards Malaysia atau KKM, tempoh permulaan sah pensijilan MeSTI akan mengikut tempoh sah sedia ada pada sijil Sistem Jaminan Keselamatan Makanan tersebut.

Pembaharuan Sijil MeSTI

Untuk tujuan pembaharuan Sijil MeSTI, pemohon perlu menggunakan borang MeSTI-1/12. Pembaharuan mestilah dibuat setiap tiga (3) tahun dan permohonan pembaharuan mestilah dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat sijil.

Carta Alir Kelulusan Permohonan Pensijilan MeSTI (PEMBAHARUAN)

Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (PEMBAHARUAN)

Pembatalan Sijil

Pengiktirafan Pensijilan MeSTI boleh ditarik pada bila-bila masa berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM dan di atas sebab-sebab seperti berikut:

  1. Terdapat bukti produk yang dikeluarkan menjadi penyebab kepada kejadian keracunan makanan.
  2. Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh
  3. Sijil GMP atau HACCP KKM atau HACCP dari mana-mana badan pensijilan yang diiktiraf oleh KKM telah dibatalkan atau pun digantung
  4. Pengiktirafan akredetasi badan pensijilan bagi mana-mana Sistem Jaminan Keselamatan Makanan telah ditarik balik atau digantung oleh Standards Malaysia.
  5. Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga (3) bulan yang diberikan semasa audit pemantauan.
  6. Apabila didapati produk yang dihasilkan oleh pengusaha terbukti melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pensijilan ini boleh diajukan kepada alamat berikut:

Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 3,
Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
No. Tel : 03-8883 3558
No. Faks : 03-8889 3815

Skim Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)

SKIM PENSIJILAN MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)

Pengenalan

Pada tahun 2012 Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia atau SK1M telah diberi penjenamaan semula kepada Skim Pensijilan “Makanan Selamat tanggungjawab Industi (MeSTI)”. Badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program tersebut ialah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan atau BKKM. BKKM merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan bagi pasaran domestik dan global adalah terjamin. Skim ini mampu menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan pembangunan industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan nilai pendapatan golongan EKS dan menyumbang kepada ekonomi dalam negara. Skim pensijilan MeSTI merupakan penambahbaikan daripada skim sebelumnya iaitu SK1M yang bertujuan memudahkan usahawan makanan terutamanya golongan kecil dan sederhana (EKS) demi memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Skim pensijilan MeSTIPihak pengusaha makanan akan dibimbing didalam program pensijilan MeSTI dalam membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum sijil pengiktirafan diberikan. Di dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan ini, pihak pengusaha perlu mengadakan satu sistem amalan terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Penekanan atau elemen-elemen penting yang diberi tumpuan dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan yang berkesan adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Pelaksanaan skim pensijilan MeSTI ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta dari aspek akses bantuan kewangan dan pemasaran. Antara agensi- agensi yang terlibat adalah Small and Medium Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama kerjasama pintar ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya.Sebagai tambahan, pengusaha makanan yang mengikuti Program MeSTI ini akan mendapat penilaian Competitive Rating Evaluation atau SCORE yang digunapakai oleh SME Corp untuk menklasifikasi rating sesebuah syarikat juga program bimbingan daripada SME Corp.

Selain daripada itu, skim pensijilan mesti juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan seperti FAMA dan Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM dan memudahkan pengusaha makanan mendapat kelulusan pengiktirafan Halal JAKIM.

Permohonan dan Bayaran Skim Pensijilan MeSTI

Permohonan Skim Pensijilan MeSTI hendaklah menggunakan borang khas yang disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berhampiran dengan premis. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kerana permohonan Skim Pensijilan MeSTI diberikan secara percuma.

Kebaikan Skim Pensijilan MeSTI

Antara manfaat yang diperolehi apabila menyertai program MeSTI adalah:

1) Memenuhi kriteria perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

2) Memudahkan proses permohonan Sijil Penjualan Bebas iaitu dalam tempoh satu (1) Hari TANPA dokumen tambahan.

3) Bimbingan pelabelan PERCUMA oleh KKM kepada EKS

4) Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah naungan SME Corp dan akses kepada bantuan kewangan.

5) Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan sebagainya.

6) Mendapat manfaat dari segi promosi.

7) Pelekat logo MeSTI percuma akan diberikan kepada enterpris yang berjaya mendapat sijil pengiktirafan buat kali pertama.

8) Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna dengan adanya pelekat logo MeSTI pada produk makanan tersebut.

Tempoh sah laku Pensijilan MeSTI adalah selama tiga (3) tahun dan pengusaha yang mendapat kelulusan Pensijilan MeSTI hendaklah mematuhi kepada garis panduan yang telah ditetapkan dan hendaklah membuat pembaharuan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh dari tarikh yang tertera di Sijil yang diberikan.

 

Latihan Pengendali Makanan bagi Sekolah Latihan Pengendalian makanan

Akreditasi Tenaga Pengajar Sekolah Latihan Pengendalian makanan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) telah diperkenalkan pada tahun 1998 berdasarkan kepada keperluan terhadap kualiti makanan yang tinggi dan mengurangkan penyakit berjangkit melalui makanan. Ia juga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendidik pengendali makanan mengenai kebersihan makanan. Oleh itu, program sedemikan diwujudkan dan diswastakan agar ia dikendalikan lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf.

Semua tenaga pengajar perlu lulus Ujian Saringan dan menjalani Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.Permohonan Pengiktirafan Baru Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Permohonan Kursus Tenaga Pengajar perlu menggunakan borang khusus seperti yang ditetapkan dalam garis panduan.

Sayarat Permohonan Tenaga Pengajar Pengendali Makanan

Syarat kelayakan untuk memohon sebagai tenaga pengajar adalah seperti berikut:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan

Atau

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Atau

  • Mempunyai Diploma Sains dan Teknologi Makanan dan sekurang-kurangnya dua(2) tahun pengalaman dalam  bidang kebersihan dan keselamatan makanan

Atau

  • Ijazah dalam bidang Sains Kesihatan, Kesihatan Persekitaran atau Sains Gunaan ( selain daripada Ijazah Sains dan Teknologi Makanan) dan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta telah mengikuti Kursus Jaminan Keselamatan dan Kualiti Makanan seperti GMP dan HACCP

Atau

  • Diploma dalam bidang Sains Kesihatan atau Sains Gunaan ( selain daripada Ijazah Sains dan Teknologi Makanan) dan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta telah mengikuti Kursus Jaminan Keselamatan dan Kualiti Makanan Seperti GMP dan HACCP

Keperluan permohonan, borang dan bayaran Pelatih Pengendalian Makanan

Terdapat 2 peringkat yang perlu dilalui pemohon sebelum layak untuk diiktiraf sebagai tenaga pengajar

Peringkat 1: Ujian Saringan

  • Pemohon perlu menduduki ujian saringan dengan menjawab 60 soalan objektif. Pemohon yang lulus ujian tersebut akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Wajib Tenaga Pengajar (KWTP).
  • Yuran sebanyak RM50 seorang dikenakan bagi menduduki ujian ini.
  • Sila bawa bersama
  1.     Salinan kad pengenalan
  2. Borang permohonan Pengiktirafan Tenaga Pengajar SLPM (KKM163/SLPM/TP09(i)/Pin.2/2013) ( Borang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Yang berkenaan atau Muat Turun )
  3. Sijil-sijil yang berkaitan
  4. Yuran RM50 dalam bentuk Bank Draft/Wang Pos/Kiriman Wang ke atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Peringkat 2: Kursus Wajib Tenaga Pengajar (KWTP)

  • Kursus ini merangkumi aspek komunikasi dan keselamatan makanan. Kursus ini meengambil tempoh masa selama 3 hari di tempat yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Yuran sebanyak RM 650 seorang dikenakan
  • Sila bawa bersama
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Borang permohonan Pengiktirafan Tenaga Pengajar SLPM (KKM163/SLPM/TP09(i)/Pin.2/2013) ( Borang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Yang berkenaan atau Muat Turun)
  3. Salinan surat lulus ujian saringan peringkat 1
  4. Yuran RM650 dalam bentuk Bank Draft/Wang Pos/Kiriman Wang ke atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Carta Aliran Permohonan Akreditasi Tenaga Pengajar SLPM

akreditasi tenaga pengajar sekolah latihan pengendali makanan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 3,
Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 WP Putrajaya, Malaysia.
Tel: +603-8883 3558
Faks: +603-8889 3815 / 3341