Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H-2018

By | June 18, 2018

Hari Raya 2018

 

ALHAMDULILLAH, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi.

Bersempena bulan Syawal yang mulia ini, ingin kami merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengunjung dan pengguna laman web #1 Pengendali Makanan ini.

Aidilfitri adalah hari dimana kemenangan disambut dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.

Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah-menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita.

Runtuhkanlah ‘tembok prasangka’ dan bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum.

Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain.

Anggaplah kehadiran Aidilfitri ini umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.

Malah sifat kekeluargaan yang dibentuk dengan erat sesama kita amat penting dalam membentuk kerukunan perhubungan serta kerjasama yang amat diperlukan demi mencapai misi jabatan.

Kepada semua umat Islam yang akan pulang ke kampung halaman berhari raya, rancanglah perjalanan dengan baik dan pastikan periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijriah, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas,

Keluarga Kursuspengendalianmakanan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *